Hilang 4 Hari

Tuesday, May 05, 2015


Assalamualaikum!


Alhamdulillah selepas 4 hari 'berhibernasi' akhirnya aku bisa kembali menulis di sini. Kemana aku pergi 4 hari yang lepas? Blog tak berupdate ... instagram tak berusik .... twitter jangan cakapla ... dunia maya seolah-olah terlalu asing bagi aku untuk 4 hari tu. Walhal aku kena siapkan job entri yang datelinenya arini! Urghh .... nak tak nak, petang semalam jugak aku gagahkan jugak buka laptop dan mulakan kerja. 

Plan asal sebenarnya nak memulakan misi mengemas rumah! Yesssss .... Pak Jelan dengan semangatnya membentangkan perancangan ni sebelum minggu kejadian. Takyah gi mana-mana, kita setel kasi bersih ini rumah. Kemas apa yang patut ... buang apa yang tak patut! 


Maka, pagi Jumaat tu selepas berselera pekena sarapan pagi tetiba ...."aaccchummmmmm! accchuuuummmmm!accchuuuuummmmmm!" ...... kwang ... kwang..... kwanggggggggg!

So, aku disahkan mengidap demam selsema! Demam takpa lagi ... tapi pakej sekali dengan selsema dan rembesan air yang keluar dari hidung 50km/j sangat membataskan diri aku untuk melakukan kerja rumah. Nak solat ...time rukuk tu pun dah boleh rasa air hingus menjenguk di pintu lubang hidung menunggu masa je nak jatuh ke bawah .... hahaha. Tersedut-sedut aku menahan ...perrghhhh!

Oh ya, bukan takat demam selsema je ... tapi sebenarnya sakit otot bahu sekali. Seminggu lebih dah menahan .... takleh nak noleh ke kiri atau ke kanan...sure sakit!Tapi otot tak bengkak ...cuma time tido memang azab la .... cepat lenguh dan nyut nyut sakitnya!

Bila dah lengkap 'pakej', ape lagi ... memang tak berdaya la tubuh ni nak buat kerja. Hanya mampu terbaring di sofa je. Bangun untuk solat dan masak. Anak-anak ajak main kat bawah pun tak mampu ....takut kaki tak kuat nak turun naik tangga tu. Diaorang bantai sepahkan rumah pun aku hanya mampu tenung dari jauh je hahaha....haihh.

Kesian .... dahla ibu tak dapat nak temankan diaorang turun main di bawah. Takkan nak larang main dalam rumah ... maka, melompatlah kamu ... berlarilah kamu .... ambillah senduk dan periuk ibu .... mainlah kamu berdua di situ ....janji tak gaduh nak turun main di bawah huhu.

Apa-apa berita pun aku tak amik port...hanya bergantung pada reporter tidak berbayar ...iaitu Pak Jelan. Diala yang menyampaikan berita-berita terkini dan terhangat yang sedang berlaku sepanjang 4 hari tu. Dia la tukang bacakan ... tukang terangkan .... tukang speculate pun ye jugak! haha. Aku dah tak terdaya nak menscroll apa-apa pun dalam henset tu ... mata ni nak tidooooo je huhu.

Berita pasal prk ... pasal ahmad maslan (haha) ... yang terbaru pasal accident yang meragut 3 nyawa tidak berdosa di hiway DUKE kelmarin. Hurmm ... salam takziah buat keluarga mangsa. 

So ...itulah keje aku untuk 4 hari yang lepas. Misi mengemas rumah dah jadi misi terbaring ... hehehe. Dalam empat orang, hanya dua orang je yang berjaya melakukan kerja rumah ...iaitu kakak dan adik!




Yang si sulung mengemas dalam bilik, yang si kecik mengemop di depan. Bukan disuruh-suruh ...tapi memang dia dah lama 'aim' mop kat tepi pintu bilik air tu. Nak sangat mengemop katanya ... nak kata tak boleh? .... memang tak 'jalan' laaaaa. Aku gagahkan jugak masuk dalam bilik air sediakan baldi dan air sabun. Dah tunjuk demo, dia buat sendiri je lepas tu huhu ...

So, tu je la citer nya .... hehe. 

kbai...



You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. nasib baik ada dua anak dara yang rajin tolong ibunya...cepat sembuh ye anim

    ReplyDelete
  2. mujur tak de plan jalan2..kan?/kalau tak memang tak de mood la nak berjalan...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM