Tuesday, May 19, 2015

# Bangsar Shopping Centre # Jungle Gym

Jungle Gym Playland : Bukan Sekadar Tempat Riadah


Assalamualaikum!


Kakak baru lepas habis peperiksaan pertengahan tahun minggu lepas. Jadi, inilah masanya untuk melepaskan stress 'berbakul-bakul' yang terpendam begitu lama hehe. Selepas berhempas pulas menghadapi peperiksaan, aku bawa diaorang bergembira sambil beriadah di Jungle Gym Playland minggu lepas!




Jungle Gym Playland ni terletak di Bangsar Shopping Centre dan merupakan taman permainan kanak-kanak yang berkonsepkan dalam bangunan (indoor). Walaupun ini merupakan pertama kali kami menjejakkan kaki disini, kakak dan adik dah tak sabar nak berekplorasi apa yang best kat dalam ni! Tengok dari luar pun dah nampak menarik ... tapi apa yang ada kat dalam Jungle Gym ni?

Haaa ... jom masuk! ^^



Si Mira buat persembahan 'silat' depan pintu masuk ....hahaha! Eksaited sangat budak ni hehehe ....



Perghh! hilang terus stress masuk sini! hehe. Macam-macam adaaaaa ....! Antara permainan yang terdapat di Jungle Gym ni adalah :
  • Ball pit
  • Slides
  • Crawling tunnels
  • Trampoline
  • Air guns
  • Activity boards

Yang bestnya, Jungle Gym ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah dan dari 2- 12 tahun. So, ibubapa yang ada anak kecil tak perlu risau untuk bawa anak-anak ke sini. Tambahan pula, tempat ni dibina mengikut piawai keselamatan antarabangsa. 

Oh ya, Jungle Gym ni telah pun beroperasi di Bangsar Shopping Centre sejak 8 tahun yang lepas. Woww! memang dah lama ...cuma aku je baru tahu hehe. Dan yang menariknya di sini, ibubapa boleh duduk berehat menikmati makanan di Jungle Cafe sambil anak-anak mereka bebas bermain di dalam. 

Untuk yang berumur lebih dari 12 tahun, tak perlu fikir banyak! Jungle Gym turut menawarkan aktiviti in-line skating untuk korang hehe. Aku dah pun mencuba minggu lepas ... perrghh! memang gian main skating ni hehe. Maklumla ... dah 18 tahun aku 'pencen' main haha! Tapi hari tu, memang aku tekad nak cuba jugak ^^




Perghhh ...dengan konfidennya aku menyarung kasut rollerblade. Tapi dalam hati nervous takleh cakap laaa! haha.




Biarlah gambar yang berbicara haha. Walaupun dah 18 tahun kutinggalkan permainan ni, tapi masih mampu berdiri dengan dua kaki hehe. Aku memang galakkan kakak try in-line skating ni ..dan ternyata dia pun sukakannya! 

So, kalau korang nak cuba aktiviti yang menyeronokkan ni korang boleh datang di Jungle Gym, Bangsar Shopping Centre ni. Tak kisah newbie atau pro ... korang boleh main kat sini. Mereka juga menyediakan sesi latihan dengan bayaran yang minimum.




Aksi berani oleh adik-adik kita berskating hari tu hehe. Diaorang ni memang dah pro ...takat lompat-lompat atas badan orang tu senang je hehe. 


Dan, ini part yang paling best! Jungle Gym bukan sekadar tempat bermain dan beriadah untuk kanak-kanak dan orang dewasa tapi di sini juga korang boleh adakan jamuan makan ulangtahun hari lahir untuk anak-anak korang! Kiranya macam one-stop party center gituuuuuu! hehe.





Mereka menyediakan pelbagai pakej jamuan yang menarik bermula dari RM58 sehingga RM3000 untuk tema parti yang unik dan sesuai dengan bajet kita. So, kita tak perlu risau tentang penyediaan makanan dan sebagainya sebab di Jungle Gym, mereka akan uruskan segalanya dari hiasan, makanan, goodies bag, magic show, persembahan badut serta aktiviti untuk kanak-kanak sebagai satu kenangan sambutan hari lahir terindah! 








Ohsem kan! ^^

Dan ini promosi terbaru dari Jungle Gym :


1)    Free Admission on your Birthday



2)    Green Day every Wednesday



Istimewa bulan Jun 2015:

1)    Kids Market Place on 5 June 2015




2)    Health Fair on 12 June 2015



Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Jungle Gym ni, korang boleh layari :

Laman Web : www.junglegym.my


ATAU

korang boleh datang sendiri ke lokasi :

JUNGLE GYM
Level 4, Bangsar Shopping Centre
No.285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya,
59000 Kuala Lumpur.
No. Tel : +6012-3911 529 / +603-2282 2643



4 comments:

  1. Bestnyer lahaiiii... nak bawak Akiff laaa...

    ReplyDelete
  2. wahhh menarik ni, ingatkan tak sesuai untuk adik kak long tetapi sesuai ek rupanya...ekekekekeke....

    ReplyDelete
  3. ROLLER BLADE TU MAK TERUJA!!!

    ReplyDelete
  4. Menarik! Saya tak pernah lg ke sana..

    ReplyDelete

Apa kata korang?