Kafe Sri Suria : Luncheon Mee Kari

Friday, May 29, 2015


Assalamualaikum!


Plan asalnya nak makan mee kari kat restoran yang biasa kami pergi sebelum ni. Tapi last minit kak Gee ajak gi makan di Kafe Sri Suria ... dalam AmCorp Mall juga. Apa yang best sangat si Suria ni yek? Sokmo-sokmo aku tengok orang ramai makan kat sini. Kalau lalu depan kafe ni, memang penuh setiap meja sampai orang yang masuk keluar balik sebab meja kosong!

Apa yang best? Jom kita tengok! ^^



Kemain kak Gee ngan kak Tun kannn! Ingat nak amik gambar kafe je, tetiba dua orang mak dara ni nak interframe jugak heeeee. Kak Tun siap berdiri depan restoran sambil tunjuk ibu jari tanda 'best'! 

Aku terpinga-pinga .... "kak Tun buat apa ni?". 

"Nak amik gambar kan .. ha amikla". 

"Saya nak masuk blog ni ...hahaha". 

"Amik je la ...haha" :p




Ice Lemon Tea - RM4.50




Penang Curry Noodle Soup - RM10.90




First impression .... menarik! Lengkap segala bahan yang perlu ada dalam semangkuk mee kari. Ada telur rebus, kacang panjang, fishcake, hirisan ayam, sayur sawi. Berbeza dengan mee kari yang aku makan sebelum ni takda telur rebus. Mee kari kalau takda telur rebus kena tolak 5 markah tau hehehe :D

Suapan pertama, aku dah tangkap cintan dengan rasanya. Kuah kari yang pekat lengkap dengan rasa pedas dan panasnya. No wonder kebanyakan customer pilih untuk makan mee kari. Kami tunggu tadi pun agak lama jugak sebab waktu puncak time ni.




Customer servis not bad cuma time tengahari memang ramai la orang makan kat sini. Bila masuk dah kena keluar balik sebab nak cari meja kosong payah. Pelayan dia tak menang tangan nak handle amik order, tapi overall tak da la sampai menyakitkan hati tunggu lama.




Selain kuah dia yang sedap, aku suka dengan mee dia! Lembut ... tak kembang. Kak Tun cakap mee ni dia buat sendiri .. tapi betul atau tak yang tu kena tanya sendiri la hehe. Tapi memang sedap ah! Ayam lembut, fishcake lembut, udang sedap .... hou chiak! ^^

Alhamdulillah ... selamat sudah semangkuk mee kari beristirehat di dalam perut kecilku ini hehe. Eh, silap! bukan semangkuk tapi satu suku mangkuk sebab perabihkan mee kak Gee yang tak habis muahaha. Rezeki halal lagi sedap jangan ditolak bro! muehehe ....

Total damage untuk lunch arini ....




Phewwww ....!


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Perghh ! Murah... gambar nampak sangat sedap je gambar tu.....
    Salam singgah ya :)

    ReplyDelete
  2. Masih murah la tu... Yg pasti melabur utk GST sekali.. Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM