Kakak Kepada Mira

Tuesday, May 26, 2015


Assalamualaikum!


Tiap-tiap malam macam ni laaa ... tapi malam tadi rare sikit dari sebelumnya. Mana taknya, kita tengah syok duduk bersantai kat ruang tamu, dia datang kat kita,"bu..meh masuk bilik sekejap ...meh laaaa". Bangun la kite pon ...,"tutup mata bu...tutup mata tau!" 

Hurmm ... tutuplah mata kita pon. Apela anak aku nak surprise aku malam-malam ni, hadiah apa yang nak dibaginya kali ni sampai nak kena tutup mata bagai ni ... nervous plak tetiba ibu rasa! hehe.




"Deng deng denggggggg ....! cantik tak bu? kakak buat layang-layang hehe ...."

"Cantikkkk...pandai anak ibu buat. Boleh terbang tak?"

"Takda lidi ... kakak letak benang je ni"

Takpe ... nanti ambik lidi letak kat belakang ye. Tapi bukan malam ni ..ni dah pukul 10 lebih ...!"

"bu ..bu jap jap. Ibu bangun jap boleh? pegang layang-layang ni, kakak pegang benang dia..."

"Nak buat ape pulak ni? ...." ibu dah blur .... dan ngantuk!

"Pegang je laa ... jap je...."

Maka kita pun pegang laaaaaa ..... tangan dah panjang kan, memang 'tinggi' la layang-layang tu 'naik' huhu ....

Rupa-rupanya, dia kengkonon berangan tengah main layang-layang macam kat padang! Konon layang-layang tu tengah terbang tinggi la ....hahaha! Adehh ... mujur la ibu ko 'panjang' berguna juga ye .... huhu

Dan semalam jugak, ditunjuknya aku kertas peperiksaan Bahasa Arab sekolah rendah. 

"bu ... ayah kakak dapat seratus markah Bahasa Arab .... nah"

Alhamdulillah .... :')


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Hujung minggu ni nampak gaya kena la bawak kakak pi main layang2..hehehe...Biasanya kat pantai2 ada orang jual layang2 ..

    ReplyDelete
  2. taktik kakak tuuu nak ajak ibu pegi main layang2 kat padang.. =) kena bawak tu ibu.. moga jadi anak yang cerdik & kreatif lagi

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM