Tuesday, May 12, 2015

# Cerita My Pearls

Kenapa Kanak-kanak Suka Pergi Klinik?


Assalamualaikum!


Srettt sretttt sretttt ... petang semalam. Merengek tak tentu hala dalam kereta. Sentap sepanjang jalan dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur. Diselang seli dengan batuk sehingga bertukar dari suara Sizuka jadi suara Giant. Maka, keluar lah alasan untuk tidak muncul di depan pintu tadika esok (hari ni). 

Lalu, ayahnya kata singgah klinik la ye ...

Muka yang stress tadi bertukar ceria. Happy dengar perkataan klinik! Hingus meleleh pun tak jadi hal .. sabar menunggu sehingga sampai ke destinasi. Nampak pintu klinik berlari terus masuk ke dalam ..! huhu




Suka dia dapat jumpa doktor. Lagi suka bila dapat ubat huhu. Kena warning ngan doktor jangan makan eksrem pun dia boleh masih mampu tersenyum malu lagi. Kalau ibu yang cakap? Muncung itik keluar ... pastu sentap 5 minit!




Dalam kete digodek-godeknya ubat tu. Ubat selsema/batuk sebotol dan ubat panadol dalam bentuk tablet. Eksaited nak sampai umah nak makan katanya. Ubat dibuatnya macam gula-gula ...uhuk. Gamaknya dia teruja tengok kakaknya telan ubat demam dan selsema tablet tempoh hari. Dia plak tak dapat makan ... tu yang eksaited lain macam tu hehe.

Malam tadi, try bagi ubat tablet tu ... patahkan dua, bagi dia separuh. Pahittttt! terus tolak tak nak makan lagi hahaha...! Mampu masuk ubat batuk air tu je. Baru tau makan ubat tak sedap kan dik ... hahaha! 


7 comments:

  1. kalau Farah dulu suka pergi klinik sewaktu kecil sebabbbbb dapat gula-gula doktor bagi...ekekekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan farah ...gula-gula pulak macam-macam kaler dalam balang tu hehe. tambah kalau ada lollipop ...memang tenung yang tu dulu sebelum tenung muka doktor hahahaha :D

      Delete
  2. amboi,kemain suka lagi dia gi klnik ea...ni dah sembuh ke blom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sepenuhnya ...tapi improve dari malam tadi hehe :D

      Delete
  3. seronok pegi klinik ehh.. hihi.. se,oga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. sebab dah dipatahkan ubat tu,tu yang pahit..kalau dia telan sebiji gitu tak pahit sangt..tapi dah untuk bebudak memang kena patah kan..kan?makan je la ubat air tu..

    ReplyDelete
  5. dulu kecik2 pun suke gi klinik sbb dpt gula2..tp ubat xnk makan pun..hiks!

    ReplyDelete

Apa kata korang?