Wednesday, May 27, 2015

# Cenderahati # Made In China

Pengetip Kuku Dari Beijing


Assalamualaikum!


Hahaha hari ni kita citer pasal pengetip kuku? Kenapa tetiba ni?? Eh .. pengetip kuku penting bro! takda 'dia' payah nak potong kuku tau. Kalau kuku panjang ni memang tak selesa rasa ... kotor, jijik, tak senonoh. Nak pegang makanan pun tak selesa. 




Perghh..jauh bebenor perginye yong! Sampai ke Beijing kome gi membelinya ni hehe. Apa yang istimewanya pengetip kuku dari Beijing ni?? Haaa sebenarnya ni hadiah cenderahati dari sorang kawan yang baru balik dari Beijing aritu. Selalu dapat key chain je ... kali ni key chain + pengetip kuku sekali. Kiranya 2 in 1 la ni hehe ...





Unik plak aku tengok pengetip kuku ni. Maklumla .. aku kan jaaaaaaaaarang nak melancong ke luar negeri. Bab-bab cenderahati ni memang bukan bidang aku. So, bila aku tak pernah nampak satu-satu benda tu, memang jadi jakun la sekejap hehehe ....

Last aku ke luar negeri pun ialah pada tahun 2002 waktu aku Form 6. Masa tu ikut sekolah di bawah program Sunburst Youth Camp di Singapore. Itulaaa kali pertama aku naik MAS, kali pertama boarding kat KLIA, kali pertama check-in luggage (haha), kali pertama duduk dalam kapal terbang (seat ekonomi), kali pertama dilayan pramugari (bahahaha), kali pertama jejak kaki di Singapore.

Dan, sepanjang 3-4 hari di sana memang kenangan indah la bagi aku. Dapat masuk kilang senjata, NUS, pusing-pusing Pulau Sentosa dan banyak lagi. Tak berapa nak recall dah ... benda dah lama. 

Anyway, thanks kawan for this souvenir. Bila la turn aku nak naik kapal terbang lagi ni yek .....

7 comments:

  1. lin pun tak selesa kuku panjang... huhu

    ReplyDelete
  2. same la dengan kita. Jarang nak melancong ke luar negeri.

    ReplyDelete
  3. salam. hee chantek pengetip kuku beijing ;p

    ReplyDelete
  4. cantiknya..memang unik la..berapa ye harga nya..ada tak orang yang suka kumpul pengetip kuku ye..

    ReplyDelete
  5. memang unik!
    lain dari yg lain...
    asben aida dulu study kat UK, so dia ada la ketip kuku UK style.
    lain dari yg lain jugak.
    bila bagi abah aida utk ketip kuku, abah aida pelik tgk ketip kuku tu ha ha ha...

    ReplyDelete

Apa kata korang?