Tak Padan Langsung ...!

Thursday, May 21, 2015


Assalamualaikum!


Teringat zaman aku kecik-kecik dulu .. mak bagi duit belanja lima posen untuk sekolah tadika Islam dan seringgit untuk sekolah rendah. Walaupun duit belanja ciput je mak bagi tapi makan tetap cukup ... tetap boleh beli pensel tekan-tekan ... boleh beli eksrem!

Sekarang ... budak kecik pun dah pandai main duit! Habis, nak beli roti pun kena GST maaaa haha. Seringgit tak cukup katanya ...haishhh! Bagi aku seringgit tu stendet la untuk budak-budak tadika macam Mira kan. Apa lagi yang perlu dibeli pon ... petang ibu dah sponsor roti vanilla ... kadang-kadang eskrem kon ... kadang-kadang satay ikan. Selera 'besar' betul cikenit aku ni huhu ....




Pagi tadi dalam kereta, dia tunjuk jari 'tiga' ... apa benda tiga tu? Dia jawab ... tiga .. pastu sengih-sengih sampai nampak gigi depan yang hampir 'haus' tu. Ingatkan dia minta tiga keping roti waffle ke ... sekali dia nak tiga hengget .... adehhh! 

Tak padan langsung la dik oiii ....! Tiga hengget tu stendet duit belanja sekolah kakak mung ...mung tau dok! Bukan ibu tak boleh bagi tapi macam mana kakak awak dulu belanja di tadika ..macam tu la awak sekarang. Eh wait...! kakak awak dulu ibu tak bagi duit belanja pun yek ... sebab kat tadika tu sekali ngan taska ... semua siap!

Dah tak dibagi ... dibalasla dengan muncung 'itik'!

Nah ... kuhulurkan seringgit bersama bekal roti waffle. Lambat je amiknye ...tapi amik la jugak hehe. Rezeki jangan ditolak gamaknya dalam hati dia ... kang ibu tarik balik seringgit tu ..naya tak dapat beli eskrem lagi petang kang ngeeheehehee :p

Anak ... anak ...



You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Haha comel je kelagat anak kak hanim.. mintak duit tunjuk jari.. hehehe

    ReplyDelete
  2. alolo..ciannya xdapat 3 ringgit..:)

    ReplyDelete
  3. Bgus kak.. Begitulah sepatutnya kan.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM