Ziarah Anak Cucu

Friday, May 29, 2015


Assalamualaikum!




Alhamdulillah mak dah selamat sampai kampung malam semalam. Tak puas lagi nak bermanja dengan mak, nak berborak lebih panjang dua beranak. Tapi syukur alhamdulillah at least dapat jumpa semalam. 

Kunjungan yang singkat, tapi sangat menyentuh perasaan. Apa yang menyentuh perasaan tu? Biarlah menjadi rahsia kami bertiga ... aku, mak dan Allah swt. Pesan mak akan selalu Anim ingat insyaAllah. Yang penting, mak sihat walafiat ... alhamdulillah.


Buat cucu-cucu yang dirindui, Wan tak lupa bawakan snek kegemaran dan pisang kapas segar dari kebun. Tahu je cucu tu suka yang macam mana. Buat anak menantu tak dilupakan, asam pedas ikan temenong dan sambal udang petai jadi buah tangan. Terubat rindu nak makan masakan dari air tangan mak ....




Ni yang lagi meluap-luap rasa nak balik kampung ni ... heeee!


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Waalaikumusalam...
    Semoga emaknya sentiasa sihat..
    Sambal udang petai tu menggoda sungguh..

    ReplyDelete
  2. Mmg seronok bila kluarga dtg berkunjungkan... Huhu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM