Asam Pedas Popular!

Monday, June 08, 2015


Assalamualaikum!


Kalau balik Melaka, mesti teringat asam pedas. Bila sebut asam pedas, inilah tempat yang aku tuju yang takkan pernah mengecewakan perutku dulu kini dan selamanya ... hehe.

Setakat ni tak pernah lagi aku singgah mana² kedai makanan di sekitar Melaka atau Duyong ni kalau nak makan asam pedas. Sebab dalam kepala otak aku ... takda sapa boleh celen asam pedas ikan parang yang satu ni .... yang mak masak sendiri! ^^ 

So, kalau tanya aku gerai mana yang sedap.... sorry tak dapek den nak nolong hehe.




Serius ... aku boleh lupa tentang diet kalau nampak lauk asam pedas terhidang atas meja! hehe. Eh .. masa bila aku diet?? Nehi .... kalau diet lagi bertambah tulang aku nanti hahaha. So, kita layan je la apa mak masak yek :D

Dua laki bini makan semalam ... tak pandang dah satu sama lain. Dua-dua pandang pinggan, pastu menambah nasi ngan lauk tak ingat anak yang tertunggu-tunggu mana ibu tak cubitkan isi ikan lagi untuk dia hahaha ....sorry sayang, ibu khusyuk kalau dah jumpa lauk kegemaran ni. Ayah awak .... laggggggggiiiiiiiii tak heran! haha.




Sebelum tu, ada kenduri kahwin kat Subang. Selalunya, aku cakna bab tema pakaian ni, tapi semalam aku pakai tema warna ikut suka! Tu yang jadi kaler 'rojak' tu ... hehe. Tahniah kak Zah dapat menantu dan terima kasih atas jemputan. Senget benget dah tudung si Mira ... feeling makcik makcik sangat tuh hahaha. Eh ... tau pulak marah kita panggil dia makcik tu! :p


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. suka asam pedas gak..
    tapi selalu masak asam pedas tak sedap.. huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak mas ... masak sendiri takkan sedap dan sama macam mak masak kan huhu

      Delete
  2. hehe memang tak boleh lawan air tangan masakan mak sendiri...

    ReplyDelete
  3. masakan emak is always the best, air tangan emak itu lain macam penangannya...kedai tak boleh lawanlah, walaupun kedai tu sedap macam mana punnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszzzaa ...air tangan mak kalau goreng telur pun sodap! inikan pulak asam pedas ...fuh!

      Delete
  4. adeh.. terliur pula menengoknya..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM