Ayah Senang Kena Pau Dengan Anak-anak?

Saturday, June 06, 2015


Assalamualaikum!




Wajah ceria kanak-kanak riang bila dapat yang diidamkan. Seharian duduk dengan ayah dari pagi hingga ke petang, sebelum balik pasti akan dibawa balik sesuatu sebagai 'buah tangan' atau hadiah huhu. Bahagia duduk dengan ayah kan ... cer duduk ngan ibu .... agak-agak dapat tak jam Frozen tu? hahaha :p


Bukan sekali ni je, dah banyak kali diperhatikan ... memang senang si ayah menurut kemahuan si anak. Tambah kalau dibawa masuk ke dalam kedai yang penuh dengan barang mainan dan aksesori wanita .... perghhh! 




Benda yang dibeli? mesti benda yang sama ... dulu tu jam tangan, aritu jam tangan ... kali ni pun jam tangan! haha. Cuma rekabentuk dan warna je lain-lain. Tambah kalau Frozen ... perghhh dompet, baju, selipar ... dan sekarang jam tangan.

Kalau ngan ibu .... awak pakaila jam tangan tu sampai darjah 3 tiga! Selagi tak rosak, jangan pandang yang lain hahaha .... 





Ada juga aku bertanyakan tentang hal ni di FB, benarkah kaum ayah senang benor turutkan kemahuan anak-anak? Sesenang je kena pau ngan anak .... selalu pulak tu! Dan, jawapannya memang dah aku jangka .... sebab sayangkan anak huhu.

Ya ... sebagai anak perempuan dan bongsu dalam keluarga, aku mengalami benda yang sama dulu. Kalau pergi mana-mana mesti abah akan dahulukan anak dia yang kecik ni. KFC? jom KFC! tiap kali keluar .... akan pulang dengan perut kenyang berisi ayam KFC hehe.

Ishh ... takdela aku nak minta macam kakak dan adik minta sekarang ni. Tak reti aku minta anak patung Barbie atau jam tangan atau beg tangan ni. Mainan aku dulu pun tak banyak, sebab banyak amik abg dan akak aku punye hehe.  





Rupanya jam tangan 2 in 1. Boleh tekan kat tepi pastu cakera gambar olaf tu boleh melompat keluar! Lorrr ... ibu pun tak tahu jam tangan boleh main macam tu hahaha ... ! Nak kasi anak-anak happy sekali sekala ... time cuti-cuti sekolah ni, boleh la :)


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. ayah kan comel dan penyayang. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Hehee.. saya selalu juga kene tegur dgn wife sbb belikan anak2 mainan ke apa2 ke tanpa berfikir dulu huhu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .... kena jugak ye. Takpe, kalau tegur pun dok membeli jugak kan hehe :D

      Delete
  3. betul kak....husben kita pun kalau membeli kita pulak naik geram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha barangkali ayah ayah memang begini sifatnya :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM