Wednesday, June 17, 2015

# Biskut Raya 2015 # Hari Raya 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT CAPPUCINO


Assalamualaikum!


Memasuki Ramadhan al-Mubarak, pasti ibu-ibu mula sibuk menyiapkan juadah biskut untuk Hari Raya. Ataupun ada yang nak menambah koleksi biskut raya sikit-sikit ke .... hehe.

Macam biasa, setiap tahun mesti ada resepi terbaru atau yang sedap teringin nak dicuba bukan? Haaa ni aku ada resepi biskut yang pasti akan jadi kegemaran korang di pagi Raya. Suruhlah mak korang buat ke, atau korang sendiri ... terutama yang anak dara tu boleh try resepi mudah ni ...!




SEMPERIT CAPPUCINO

Bahan-bahan :

240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat


Cara-cara Membuatnya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.

5. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit atau sehingga masak.



Tadaaaaa!


Semperit Cappucino ni paling aku suka! Pada yang nak mencuba resepi mudah, ni aku ucapkan selamat mencuba! ^^


12 comments:

  1. Perghhhhh tetiba tak sabar nak buat biskut raya.. tahun ni nak try buat even tak pernah try sebelum ni.. thanks for the resepi

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya nak cuba lah..kanak2 saya mesti suka...:)
    thanks for sharing... :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh capucino!!! Mcm dah terbau aromanya yg superb!

    ReplyDelete
  4. nampak menarik la anim..boleh try nanti..=D

    ReplyDelete
  5. tgk ni pon mcm terliur.haih!

    ReplyDelete
  6. wah...dah kena strat kumpul2 resepi raya nampaknya ni...macam2 resepi menarik yang orang kongsi..rugi tak cuba..semua mudah2 je,,

    ReplyDelete
  7. WAAAA.... sedap nya. Tapi ni baru first puasa.

    ReplyDelete
  8. mak aii sedap nyer !!!
    semprit omputeh :)

    ReplyDelete
  9. Cantik design tu.bahan pun tak banyak..sure sedap ni

    ReplyDelete
  10. Saya copy resepi ye.. menarik sungguh..

    ReplyDelete

Apa kata korang?