Biskut Raya 2015 : SEMPERIT NUTTY

Wednesday, June 24, 2015


Assalamualaikum!


Bagaimana dengan persiapan biskut raya korang? Dah cukup ke belum? Belum cukup? Takpe, aku ada resepi biskut raya baeeeekkkk punya untuk korang cuba. Yang ni, khas untuk peminat kacang boleh lah mencubanya di rumah.

Get set ... sedia ... amik resepi! ^^




SEMPERIT NUTTY

Bahan-bahannya :

700gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160gm Tepung Gandum
65gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
130gm Mentega Kacang
80gm Kacang Berlapis Gila, dikisar
1 biji Telur


Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh. kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak.



Selamat Mencuba!
^^

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. aida suka kuih yg peanut nutty gitu.
    best!
    malangnya aida rasa aida x dpt buat kuih raya spt yg di plan awal2 hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. wah..nampak menarik tertarik nih

    ReplyDelete
  3. Apahal la bila tengok Kuih raya yang akk share semuanya Sedappp.. Huaaaa kena buat ni... Kebanyakkan yang jual kat kedai tak sedap

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM