Tuesday, June 23, 2015

# Biskut Raya 2015 # Hari Raya 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT ORANGE SURPRISE


Assalammualaikum!


Are you ready for the next recipe? hehe. Kali ni aku nak masukkan elemen 'kejutan' oren dalam biskut raya korang. Rasa sensasi oren dalam setiap gigitan pasti korang takkan lupakan! Wahhh gituu ...haha!

Dah dah, jom start with the recipe shall we ^^




SEMPERIT ORANGE SURPRISE

Bahan-bahannya :

200gm SCS Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah


Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.

2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit atau sehingga masak.




Selamat Mencuba!
^^

6 comments:

  1. Menarik sgt biskut ni...lain dari yang lain

    ReplyDelete
  2. nampak macam sedap je...awal entry biskut raya keluar..hehe..

    ReplyDelete
  3. eh eh, kuih kita samalah hanim...muahahahaha....

    ReplyDelete
  4. agak2 nyer la kan, kalu dpt umah hanim mesti byk kuih ekk raya nanti.
    seronok nyer.
    sedap2 plak tu :)

    ReplyDelete
  5. Kalau pakai oren sanquick boleh x?

    ReplyDelete

Apa kata korang?