Monday, June 22, 2015

# Cerita My Pearls # Diari Ramadhan Kenit

Buka Puasa Hari Ke 4


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, masuk hari keempat semalam kita berpuasa. Buat pertama kalinya untuk tahun ini kakak berjaya puasa penuh! haha. Syukur alhamdulillah .... walaupun sahurnya hanya sekeping biskut chipsmore dan sebiji kurma. 

Hari pertama puasa takat tengahari je. Hari kedua puasa bertahan sampai kul 5 petang lepas habis sekolah agama. Masuk kereta buat muka kesian minta buka sebab tak tahan dah hehe. Hari ketiga lagi best ... pagi-pagi dah sarapan biskut ngan adik dalam bilik! adehh .... haha.

Aku faham ... bila takda 'rakan kongsi' memang payah nak puasa kan hehe. Faham faham sendiri je la maksud aku ni ye ngeeee. So, hari Ahad tu aku ajak kakak berpuasa penuh. Kita cuba ye kak ... takat mana kita boleh tahan. And she said, "ok ..."



So, aku ajak adik ke dapur untuk projek masak-masak semalam. Dia kan tak puasa hahaha ...memang laju je la pergerakan dia. Tiga hari sebelum tu dia puasa sekerat hari je. Ok la tu .... tersengih-sengih dia kalau kita puji dia berjaya puasa separuh hari hahaha. Yang kakak tengah syok bermain masak-masak bersama periuk belanga aku dalam bilik. So, takmo kacau kakak ... hanya ibu dan adik di dapur ok!

First aku memang dah set nak buatkan roti jala untuk kakak. Lama dah berhajat sebelum puasa lagi, tapi kemalasan ibu tiada batasannya kak ...hehe maafkan ibu nak. Alhamdulillah bulan Ramadhan ni la rezeki kakak nak makan roti jala yang ibu buat hehe.




Setelkan daging dan bahan-bahan untuk masak kuahnya dulu. Pastu baru proceed dengan menjala roti hehe.

Time motong daging ni la kakak datang dapur tanya buka puasa pukul berapa, maghrib pukul berapa ....hehehehe. Aku doa banyak-banyak je la kakak dapat bertahan sampai dengar azan maghrib. Tapi, memang dia nampak aktif sangat semalam, walhal sahur makan sikit je. Petang tu pulak sempat lagi dia mengekor aku gi bazar hehe.




My kenit nak sangat menolong, baiklah anakku ... tolonglah ibu masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender. Suka benor la dia tu ...memang kerja-kerja macam ni la yang ditunggu-tunggu oleh kakak dan adik. Kalau aku masuk dapur, yang lagi dua orang ni pun sama nak masuk. How i wish i have a big spacious ktichen kan ...haha. 

Dah siap masak kuah kari daging, kita nak menjala roti la pulak. Barang-barang yang diperlukan pun dah ada ....kecuali kuali leper! Haaaaa ... dah acaner nak menjala takda kuali leper?? Pak Jelan suggest guna je la periuk tu haa ....hahaha. 




Alhamdulillah siap juga akhirnya roti jala untuk kakak! hehe. Walaupun takda kuali leper, tapi kira menjadi la jugak roti jala tu kan hehe. Survivor kekdahnyaa ...guna saja apa yang ada! hahaha. Yang penting kari daging iolss dihidang dalam casserole Corningware dari Corelle .... heeeee :D





Menyinggah jugak la ke bazar sekejap belikan karipap gergasi untuk Pak Jelan yang dah 2-3 hari mengidam hehehe. Nugget tu pun kakak minta juga aritu ....so kita belikan dan goreng le. 




Alhamdulillah, tak banyak kerenah kakak berpuasa walaupun baru satu hari puasa penuh. Takpe kak, kita kayuh perlahan-lahan asalkan ada peningkatan. Tapi, tadi ayahnya kata kakak puasa sekerat hari je ....hahaha pulakkkkk! 

Semalam pun memang dia cakap, kalau hari sekolah mudah haus tu yang payah nak menten puasa sampai ke petang tu hehehe. Takpela kak ....




Roti Jala

Bahan-bahan : 

2 cawan tepung
2 cawan air
3 sudu minyak masak
separuh cawan susu kotak (dairy milk apa brand pun boleh)
2 biji telur
garam
pewarna makanan kuning

1. Blend semua bahan-bahan di atas sekali gus. Kecuali pewarna makanan tu aku masuk last sekali. Susu tu aku guna sebab ada terbaca kat resepi orang dulu, dia guna susu segar. Takda susu segar pun ok dah. Minyak tu untuk bagi roti jala kita nampak berkilat ... i suppose hehe.

2. Dah siap blend beberapa minit, masukkan pewarna makanan tadi. Agak-agakla warnanya bertukar jadi kuning keemasan pastu blend lagi untuk bagi sebati. Dah siap, boleh tapis bahan-bahan tadi menggunakan penapis.

3. Panaskan kuali leper, berbekalkan alat untuk tebar roti jala yang dah sedia ada mulakan menjala seperti yang sepatutnya. 

4. Siap! sedia untuk dihidang bersama kari daging.


Kari Daging

Bahan-bahan :

4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
bahan 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit
kayu manis dan buah pelaga)
serbuk kari daging (apa brand pun boleh)
santan (separuh biji)
kentang (dipotong dadu kecil)
daun kari
air masak
garam

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis 4 sekawan dan daun hingga naik bau. Pastu masukkan serbuk kari daging. Tumis sampai pecah minyak tau. 

2. Masukkan daging yang dipotong kecil tadi. Kacau sampai daging tu kecut. Api sederhana je, kacau selalu jangan bagi berkerak bawah periuk tu.

3. Masukkan air masak sikit, agak-agak daging tu tenggelam sikit. Biarkan menggelegak lagi sampai daging tu lembut sikit. Masukkan kentang beransur-ansur.

4. Masukkan santan dan kacau lagi. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia mereneh untuk 20 minit lagi atau sehingga masak.

5. Siap untuk dihidang.


3 comments:

  1. huhuhu.. comel je bila bebudak baru belajar nak berpuasa.. same with niece..

    ReplyDelete
  2. yes. wiken ni pun aida pk nak buat roti jala.
    cicah kari ayam.
    buat sambal belacan. makan dgn nasi.
    sayur ulam kacang botol aje la :)

    tq for sharing the idea :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?