Wednesday, June 17, 2015

# Cerita My Pearls # Diari Ramadhan Kenit

Cabaran Tempuh Ramadhan Bersama Anak-anak


Assalamualaikum!


Malam tadi .. aku sorang je yang ngadap tv dgr perutusan tu. Kakak dan adik dok sibuk buat benda lain. Ayahnya 'lari' masuk bilik kejap. Aku la tukang menyampai kata esok puasa. Mula la si Mira buat muka terujanya. Puasanya belum tentu lagi tu hehe .. tapi semangat tu ada dah. Takpe dik, kita kayuh slow-slow k.

Kakak dah berazam nak puasa penuh tahun ni. Aku tak menghalang, juga tidak memaksa. Tapi, sekurang-kurangnya kena belajar puasa penuh juga. Solat wajib macam biasa ... nak kena kasi penuh lima waktu dulu. 

Cabarannya?

Nak mengejut diaorng bangun sahur haha. Sekarang ni kakak dah ada jam loceng. Ayahnya belikan minggu lepas. Setiap pagi, dia la yang mengejutkan aku bila jam loceng berbunyi. Ada satu masa tu, kakak nak bangun kul 4 pagi semata-mata taknak lambat gi sekolah! Bila di kata pagar sekolah pun tak bukak lagi kak oiii ... dia tetap juga nak bangun kul 4 pagi. Haa ni dah masuk Ramadhan ... harapnya senang la bangkit kul 4pagi yo!

Time pagi insyaAllah takda masalah untuk diaorg tahan lapar. Tapi bila masuk tenghari, akan dengarla suara rungutan dan rengekan tekak haus dan sebagainya. Benda ni biasa la bagi budak yang sedang belajar puasa kan. Kalau boleh galakkan puasa sampai petang, maka teruskan. Harap kakak dan adik dapat buat yang terbaik. Solat dan mengaji akan berjalan seperti biasa la yek.

Masjid kat rumah ni masih dalam proses renovasi. Maka, tahun ni tak dapat la nak berterawih dalam masjid baru. Apapun, ada surau berhampiran blok atas tu. InsyaAllah akan berterawih sekeluarga di situ. Tak pun, pergi la mana-mana masjid naik kereta. 

Selamat Menyambut Ramadhan dari kami sekeluarga. Moga segala amalan dan ibadah kita diterima Allah swt dan diberkati segala rezeki yang dikurniaNya. Moga kita sempat merasa nikmat kemanisan Ramadhan al Mubarak kali ini.....insyaAllah.




Semalam ada hadiah lagi untuk kami. Dari peminat setia kami nombor satu! hehe. Satu untuk ayah, satu untuk ibu. Bila tanya kakak, siapa yang balut hadiah ni? Jawabnya aunty kat bookshop tu yang balut .... haha. Haihh la anak .... berani awak kerah tenaga aunty tu ye! hahaha.

Gituleee anak-anak kami .... surprisenya tak pernah habis hehe. Terima kasih kakak and we love you ketat-ketat! ^^


5 comments:

  1. Hehehe Semoga anak anak akk dapat berpuasa dengan jayanya... yeahhhh Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  2. Romantik betul si kakak dan adik...

    ReplyDelete
  3. cabaran di tahun kedua berpuasa dengan adik kak long tu... he he he...

    ReplyDelete
  4. sib baik aida hadapi kurang drama nak kejut anak2 dara sahur.
    tahun lepas da dibiasakan.
    tiap mlm bangun sahur, walaupun hari cuti.
    sib baik izzat tido lena sgt2 da 2 mlm ni.
    boleh kami makan dgn aman.
    anak2 dara aida start gelisah kul 6 ptg semlm... hu hu hu....
    sebab bau makanan da start menusuk idung diorang :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?