Golden Rose Kini Di Malaysia!

Monday, June 01, 2015


Assalamualaikum!


Bagi pencinta barangan kecantikan khususnya wanita, berita ini pasti akan menjadikan hari anda lebih bermakna! hehe. Mana taknya, satu lagi produk kosmetik berjaya bertapak di Malaysia. Dan, majlis pelancarannya telah diadakan di Sunway Putra Mall baru-baru ini.

Minggu lepas, aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran atau Grand Opening oleh produk kosmetik Golden Rose yang buat pertama kalinya membuka cawangannya di Malaysia! Woww ... terima kasih Golden Rose dan blogger Yaya atas kesudian menjemput dan menerima kedatangan aku hari tu :)




Meh aku citer serba sedikit tentang Golden Rose ni. 

Golden Rose



Kosmetik Golden Rose adalah jenama yang berasal dari Turki, dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri penghasilan kosmetik.

Telah membina namanya sendiri di Eropah, Kosmetik Golden Rose kini telah berjaya menembusi pasaran dengan membuka cawangan pertama di Malaysia untuk memberi pakej yang elegan, produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan semestinya untuk pencinta barangan kosmetik!

Perghh ... rupanya Golden Rose ni dah lebih 30 tahun usianya! Nak tahu apa produk apa yang best dan menarik di sini? Jom aku tunjukkan! :)















Dan, kalau korang setia mengikuti perkembangan aku di Instagram, pada hari pelancaran tersebut ada potongan diskaun 30% untuk setiap barangan di sini. Bukan itu saja, pada hari tu ada sesi makeup free lagi! :)




Disebabkan aku ada hal lain, tak dapat la nak merasa makeup free hehe. Pose natural depan cermin pun jadi laaa hehe.



Sesi makeup oleh MUA





Antara pengunjung bertuah yang dimakeupkan hari tu. Salam perkenalan untuk kak Zieman dan anaknya ... peramah dan suka senyum anak ngan mak ni hehe. Cantik kan! Natural je makeup dia tapi menyerlah! 


 


Walaupun tak sempat nak makeup, aku masih bertuah dapat bawa pulang cenderahati dari Golden Rose iaitu Golden Rose waterproof lipliner. Dan pastinya aku pilih warna pink! Mesti incik suami suka ni ngeeeeee :D

So, pada yang nak cuba kosmetik Golden Rose dan ingin eksplor apa yang best kat sini boleh la datang ke :


GOLDEN ROSE
Level 4, Lot 8 Sunway Putra Mall
Kuala Lumpur
(bertentangan PWTC)


Terima kasih Golden Rose dan tahniah kerana berjaya menembusi pasaran di Malaysia. Moga terus sukses dan menjadi pilihan utama wanita Malaysia! ^^

Untuk maklumat lanjut tentang Golden Rose Malaysia, korang boleh serbu :


Laman Web : GOLDEN ROSE 
Email : ccbeautyavenue@gmail.com
Tel : +604-6849026 / 9027
Mobile : +6012-4257477


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. ermm murah betul harganya boleh singgah kan

    ReplyDelete
  2. Eh.. Boleh tahan harganya... Takde la mahal mana ek..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM