Friday, June 05, 2015

# Cerita My Pearls # Inai

Hajat Yang Tertunai!


Assalamualaikum!


Tiada apa-apa yang menarik, kecuali permintaan seorang .... eh dua orang kanak-kanak riang ribena yang asyik bertanyakan tentang 'aksesori' wanita yang satu ni. Naik pening rasa ubun-ubun ni selagi tak nampak bayang objek yang dicari. Ibu dia pun tak pernah minta nak pakai benda ni masa kecik-kecik dulu .... eh ada ke? hehe. 




Tak tahan telinga ni asyik dengar soalan yang sama hari-hari. Dah tu, ibunya memang cepat pelupa ... asyik terlupa nak carikan benda alah ni hehe. Hari tu apron .... rasa dah hampir patpulohkali budak kecil tu bertanya soalan tentang bila ibu nak bawa balik apron. Lepas patpuloh hari baru ibu teringat nak bawa balik hehehehe!

Teringin nak pakai inai ... katanya. Ini mesti ada kengkawan kat tadika yang pakai inai jugak ni! Dia tengok cantikkkkk je budak tu punye jari, nak jugak la merasa pakai kat tangan sendiri. Hari tu, ada dapat pewarna kuku FREE, nak dicubanya ....ehhhhh! jangan pakai yang tu! Nanti ibu carikan inai yek ...!

Dan, akhirnya dapat jugak yang dihajati. Cepat cakap terima kasih kat acik Tun sebab tolong kasi pinjam inai ekspres ni hehe. Ni kalau kakak dan adik tengok, mesti bersinar-sinar bercahaya muka diaorang kan hehehe. 


3 comments:

  1. amboi kemain nak berinai yer.. hehehe

    ReplyDelete
  2. yeszaaaa tak lain tak bukan sebab tengok kawan-kawan ler ni....

    ReplyDelete
  3. Tedi x pakai inai, kalo Tedi pakai mesti x cukup ni sebab jari Tedi kan besar...

    ReplyDelete

Apa kata korang?