Jumaat Dan Sabtu!

Monday, June 15, 2015


Assalamualaikum!


Cuti sekolah minggu lepas penuh dengan drama air mata. Pun begitu, akhirnya dapat juga dilalui dengan jayanya hahaha. Adeh ... anak-anak ibu ni memang kuat nangis la. Tapi tu la ... tak biasa ditinggalkan lama-lama walaupun masa kecik-kecik dulu dah selalu duduk dengan Wan dan Atoknya.

Feelingnya tak sama ... barangkali itulah yang dirasakan oleh kakak dan adik. Selama lima hari tu la, si kakak berendam air mata. Geli hati aku dengar cerita dari Wannya pasal pe'el si kakak. Yang adik ... langsung takmo bercakap dalam telefon dengan ibu selama lima hari tu! Takut bukan suara yang keluar .. tapi rengekan kuat dia yang dengar dulu ...huhu.


Jumaat 



Seperti yang ibu janjikan .. tenghari ibu bertolak dari PJ. Tetiba lupa plak, hari tu kan hari Jumaat so ayahnya kena la gi solat Jumaat dulu. So, pas solat Jumaat baru kami bertolak. Perjalanan lancar sepanjang hiway, malah sempat berdekoh aku di sebelah kerana kepenatan dek event food review malam sebelumnya hehehe.

Sampai-sampai je ... terus berpelukan kami anak beranak. Tu la ... dah kate macam dalam drama dik non! "Maaamaaaaaaa ......." berlari dua beradik menerpa ke arahku. Ayahnya hanya jeling membisu ... jeles lettew! hehehe.

Disebabkan kami sampai awal, maka sempat la petang tu beriadah main badminton depan rumah. Lima hari praktis kakak kata ... ibu balik mesti main ngan kakak tau! hehe. Ok fineeee .... penat berdekoh tak hilang lagi, tapi demi anak ku turutkan jua  ..... muahahaha!




Malamnya, kami pi makan satay. Sebelum tu, Wannya dah janji kalau tak nangis, nanti Wan bawak kakak, adik, ibu dan ayah pi makan satay. Haihhh ..... sebab nak sejukkan hati cucu-cucu, kenala pujuk diaorang macam tu. Tak baik tau ... lenkali jangan wat lagi!

Tapi Wan jenis rilek ... tak kisah. Cucu punya hal ... momantai! Satay je maaaa ! Lagipun ada pulak yang mengidamnyeeeee ..... eh, jangan pandang aku yek!




Ni la wajah si pengidam satay yang sebenar! Jatuh cinta kali pertama waktu makan satay kat food review di BGR hari tu hahaha. Tu la ... orang dah kata, satay sedap satay sedap, kuah pun sedap tak pedas. Tapi masa tu dia 'jual mahal'. Bila dah rasa sekali .... haaaa terbawa-bawa sampai ke Melaka!


Sabtu




Pagi Sabtu, kami dah mulakan projek! Projek merumput kawasan rumah dan kebun Wan. Terbit je matahari, Pak Jelan dah start enjin mesin rumput, lengkap berpakaian seperti orang motong rumput hehe. 

Memang gitula rutin kami balik kampung. Nak harapkan Atok buat, memang dah tak terlarat. Sekarang ni, Atok kuat mencungap ... mungkin sebab Atok dah lanjut usia sangat. Tak terhelon dek mesin rumput yang berat tu ... dengan nak kena berjalan ke hulu hilir lagi keliling rumah. Biarlah kami yang masih kuat ni meneruskan kerja abah.

Sepatutnyaaaa ... aku kena tebas daun-daun pisang mati kat belakang kebun tu. Tapi hari tu, aku takleh nak buat apa ... hanya mampu tolong sapu sapu daun rumput, pastu gi jenguk kebun mak kat belakang reban ayam. 




Tadaaa ...! tanaman terkini dari kebun mak. Senang benar tumbuhnya tiap kali mak tanam. Tanamla apapun, insyaAllah menjadi .... alhamdulillah. Yang ni, mak tanam terung. Kalau menjadi, sok boleh la dapat terung panjang. Eh .. ni kalau beli kat kedai pun makan duit tau hehe. Sekarang dah senang, petik saja di belakang umah ... jimat banyak dah kalau kita tau berbudi pada tanah.

Yang belakang tu, daun pucuk pegaga huhu. Buat ulam-ulaman pun sodap! ^^




Asalnya, aku tak plan nak makan ayam kampung. Tapi mak ... biasala, tiap kali anak balik mesti nak dijamu dengan ayam kampung hehe. Tak mampu aku menolak ... mak kata menarik juga kan kalau masak rendang ayam kampung hehehe.




Alhamdulillah ... setelah seharian berpenatan di dapur, dapatla 3 jenis lauk ni ha. Memang tak keluar makan kat kedai dah! Ini juga yang dihadap dari malam ke pagi besoknya hehehehe.

Hok alohai ... sekejap je masa berlalu kan. Tak puas menghirup udara sejuk segar pagi-pagi. Tapi apakan daya .... masa sangat mencemburui huhu.

Lenkali kami balik lagi ye mak ... abah .... <3

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Seronoknya anak anak akk balik kg time cuti.. ena tak sempat merasa dulu, dedua dah tak ada masa ena sekolah.. sobss

    ReplyDelete
  2. syok kan balik kampung.. mcm² aktiviti leh buat

    ReplyDelete
  3. Bestnya blik kg... terubat dh rindu ye... hihi

    ReplyDelete
  4. Cuti sekolah dgn balik kampung tak dapat dipisahkan..tu la pasal jammed highway semalaya! Hahaha

    ReplyDelete
  5. adoi best nyer balik kg.
    anak2 dok dgn atok nenek ekk?
    anak2 aida kalau dok dgn atok uwan diorang, sampai x nak balik sini hu hu hu :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya makanan masakan ibu.
    bestnya mereka masih ada atok

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM