Koleksi Set Hidangan Rosabelle Dari Corelle Pilihanku!

Monday, June 15, 2015


Assalamualaikum!


Sebagai seorang wanita berkerjaya, aku banyak menghabiskan masa melakukan kerja-kerja pejabat. Tetapi bila di rumah aku lebih suka menghabiskan masa di dapur. Sudah tentu aktiviti yang paling aku suka buat di dapur ialah memasak! Nikmat rasanya dapat menyediakan juadah untuk keluarga tersayang, lebih-lebih lagi untuk suami dan anak-anak.

Walaupun memasak untuk keluarga, aku tetap mementingkan aspek seperti kebersihan, masakan sedap, kekemasan dan persembahan. Dah tentulah hanya yang terbaik untuk keluarga sendiri kan hehe. Dan, ya ... memang aku cerewet sikit dalam bab ni. Kalau hidang atas meja makan tu biar sedap mata memandang selain lazat dimakan! ^^




Dan bila bercakap tentang set pinggan mangkuk yang cantik ni, terus terfikir satu nama ni ...CORELLE! Cubala tanya mak-mak kita dulu, mesti pernah dengar jenama Corelle ni. Telah popular sejak 45 tahun lalu dan terkenal bukan sahaja kerana corak-coraknya yang cantik tapi, terbukti :

  • tahan lasak dan tahan hentakan
  • warna bunga yang tidak pudar
  • ringan dan mudah dicuci
  • corak kekal cantik dan selamat digunakan
  • menjimatkan ruang 

Cakap bukan sebarang cakap, tapi aku bercakap berdasarkan pengalaman dan baru-baru ini aku sendiri berpeluang menggunakan set hidangan Rosabelle dan Corningware Rosabelle ini untuk menjamu kami sekeluarga.


SET HIDANGAN ROSABELLE DARI CORELLE





Bagi meraikan ulangtahun ke 45 Corelle, World Kitchen telah memperkenalkan koleksi Rosabelle serba baru pada 10 Jun 2015.  Selari dengan komitmen World Kitchen untuk menyedia, menginovasi serta memenuhi keperluan di rumah yang kian berkembang, peneraju produk perkakasan dapur itu telah menghasilkan satu koleksi baru pinggan mangkuk dan peralatan memasak.

Rosabelle bermaksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis. Ia ditawarkan di bawah jenama Corelle dan Corningware keluaran World Kitchen. Dengan corak bunga ros yang cantik dan klasik, lebih tepat lagi rekaan bunga ros Apricot Candy ia mengingatkan aku tentang sentuhan klasik Inggeris yang serba mewah dan moden.




Corningware corak Rosabelle


CIRI-CIRI ISTIMEWA ROSABELLE 


  • Menggunakan bahan revolusionari yang merangkumi tiga lapisan kaca laminasi dikenali sebagai Vitrelle®. Bahan  ini membuatkan Rosabelle ringan dan tahan lasak. 

  • Casserole dari Corningware ialah perkakasan memasak yang unik dan versatil. Ia membolehkan anda memasak dan menyediakan masakan yang menarik dengan hanya menggunakan satu bekas sahaja. Ia juga selamat untuk ketuhar gelombang mikro (microwave) atau oven


  • Tahan pecah, bebas kotoran, tahan lama, mudah  dibersihkan dan tampil dengan rekaan  bergaya, Corelle Rosabelle cukup ideal untuk kegunaan di rumah. 




Serius, set hidangan Rosabelle dari Corelle ini memang menambat hatiku! Kalau sebelum ni, aku risau anak-anak pegang pinggan kaca, tiap kali diaorang nak angkat pinggan memang kena pesan siap-siap angkat elok-elok jangan kasi jatuh pecah hehe.

Tapi dengan set hidangan Rosabelle dari Corelle, aku tak perlu risau sebab ia tahan hentakan dan tidak mudah pecah.



Pak Jelan tersenyum riang menjamu selera 
bersama set hidangan Rosabelle dari Corelle


Perghh...memang berbaloi memiliki set hidangan Corelle dan Casserole dari Corningware ni. Nak menjamu keluarga dan sahabat handai di pagi Aidilfitri pasti mengundang bahagia! Dan, lepas ni si suami pun akan turut tersenyum melihat si isteri semakin rajin menyediakan juadah hidangan sebab ada set hidangan Corelle dan Casserole dari Corningware hehe.




Dah tengok video ni? Memang berbaloi dengan nilai wang anda! Pagi Raya pasti lebih ceria dengan set hidangan Rosabelle CORELLE tersergam indah bersama juadah enak untuk para tetamu. Set 16 unit Corelle Rosabelle ditawarkan pada harga RM729. Sementara set enam unit Corningware Rosabelle pula berharga RM629. 

Kedua-dua produk ini boleh didapati di gedung membeli-belah seperti di AEON, JUSCO seluruh negara.

Untuk sebarang pertanyaan, promosi dan info tentang produk Corelle, korang boleh LIKE dan ikuti mereka di : 



FACEBOOK : World Kitchen
#CorelleMalaysia #Rosabelle

Set hidangan Rosabelle dari Corelle dan Corningware Corelle juga sesuai dijadikan sebagai buah tangan atau hadiah untuk orang tersayang. So, tunggu apa lagi ... berikan ibu, ibu mertua atau isteri anda set ini sekarang dan rasakan limpahan kasih sayang mereka dalam masakan setiap hari! ^^


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. seronoknya... memang best klau dapat set pinggan cantik dan berkualiti mcm ni

    ReplyDelete
  2. Coralle mmg cantik dan berkualiti.. ai is suka cuma blm jdi pengumpul je.. hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh..cantiknya set Hanim..ingat nak jugak ada satu set..

    ReplyDelete
  4. Makan dlm corelle... yg tak sedap pun jadi sedap.. kan

    ReplyDelete
  5. eeeee geramnyaaaaa berdarah hidung sat nengoknya ,huh...

    ReplyDelete
  6. Ini kalau mak ena tengok ni, mesti dia suka... Mak ena minat sungguh pinggan mangkuk tambah2 yang cantik macamni.., ena je tengok tak bernafsu lagi.. hahaha

    ReplyDelete
  7. set aida correlle jugak.
    bunga sakura.
    correlle ringan. kaler putih. cantik...
    and dipasangkan dgn corningware nyer ~ terbaik :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM