Perkembangan Terkini Gempa Bumi Di Sabah

Friday, June 05, 2015



Assalamualaikum!


Pagi-pagi dah terima berita mengejutkan dari Sabah. Kecoh sekejap di opis bila ada berita mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku. Ye la ... rata-rata yang bekerja di sini ada yang berasal dari Sabah & Sarawak. Bila kejadian sebegini berlaku, dah tentu hati rasa tak tenang ... gundah gulana ... tak tenteram selagi tidak mengetahui hal yang sebenar.

Tertanya-tanya adakah betul kejadian gempa bumi ini berlaku, dan dimanakah tempat yang terlibat ... aku terus tengok di laman web yang berkenaan. Terus pada sumber! 


sumber : JMM

sumber :JMM


Melalui laporan yang dikeluakan oleh JMM, gegaran dapat dirasakan di kawasan Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu dan Kota Belud. Dengan ketinggian magnitud mencecah 5.9 pada skala Richter .... agak kuat juga.

Apapun, semoga mereka yang terlibat dalam gegaran ini dilindungi Allah dan berada dalam keadaan selamat hendaknya. Rajin-rajinkan untuk tahu keadaan terkini dan rajin-rajin lawati laman web JMM ni ye :)



Laman web : www.met.gov.my





You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. subhanallah..moga mereka selamat di sana...harap gegaran tu tidak begitu serius kan anim..kesian orang2 kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak ...JMM masih memantau keadaan di sana skrg.

      Delete
  2. semoga tiada yang buruk-buruk berlaku kepada mereka...

    ReplyDelete
  3. saya org sabah dan gegaran itu mmg kuat dirasakan...saya sendiri mengalaminya tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ... jika melebihi 4.8 skala, itu memang kuat. Berhati-hati dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling

      Delete
  4. member aida d tuaran terkena gempa ni.
    dia update fesbuk.
    moga di sana semua tabah dan selamat kan...
    innalillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyak kawasan yg terkena gempa...walaupun gegaran cuma sekejap.tapi kesan dia mmg dapat dirasakan..banayk bangunan yg retak..lebih2 lagi di sekitar Ranau yg berdekatan dgn Kawasan Gempa

      Delete
    2. InsyaAllah sis Aida, moga mereka selamat dan tiada kemalangan melibatkan nyawa yang serius.

      Ya Jay, boleh nampak kesan gegaran tu. Apapun kita berdoa agar tiada gegaran susulan yang berlaku

      Delete
  5. Allah...semoga semua nya baik2 aje..

    ReplyDelete
  6. Kuat jugak gegaran tue anim.. tengok org dok post kat fb.. risau jer.. semoga tak ada yang melibatkan nyawa kan..

    ReplyDelete
  7. Gempa bumi di Sabah adalah buatan manusia.

    http://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/06/manusia-sedang-mencipta-kiamat-didalam.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM