Permulaan Cuti Sekolah Di Sunway Lagoon!

Thursday, June 04, 2015


Assalamualaikum!


Ini antara taman tema yang termasuk dalam list yang aku nak bawa kakak dan adik. Legoland dah masuk, KidZania dah pergi, tapi baru-baru ni aku dapat peluang bawa anak-anak ke Sunway Lagoon! Bagai pucuk dicita ulam mendatang bak kata orang dulu-dulu hehe. Alhamdulillah ....

Dan aku .... dah hampir 13 tahun aku tak masuk sini! Last aku masuk masa aku baru lepas habis kursus asas kerjaya. Enam bulan bergelumang dengan nombor dan peperiksaan ... disinilah aku dan kawan-kawan aku melepaskan segala 'beban' yang ditanggung berbulan-bulan tu! hehe. Harga tiket dulu dengan sekarang pun dah jauh banyak berubah. Telan ailio aku tengok ...! hehe.




Habis je keje aku kat Sunway Pyramid, solat Zohor dulu pastu baru gerak masuk ke Sunway Lagoon. Kakak dan adik dah tak sabar nak main air katanya. Walhal dalam tu banyak lagi tempat boleh pergi. Tapi, diaorang dah gian nak berendam gamaknya, maka ke kolam la kami tuju dulu hehe.



Depan kolam ikan koi



Pintu masuk nak main kolam. Masa ni basah-basah naik atas eskalator gi main cawan pusing-pusing tu. Pastu bergambar pastu turun bawah balik main air haha... !



Pintu masuk nak ke jambatan tergantung terpanjang di ...... Asia? ke Asia Tenggara?





Pemandangan dari atas jambatan gantung




Pastu turun bawah sambung main air hehe. Sebenarnya ini kolam keempat diaorang terjah! Lagi tiga kolam aku tak sempat nak amik gambar sebab bizi jadi baywatch dua beradik ni. Lokar untuk simpan beg kat sini bapak mahal baq hang sampai RM22! Jadi ayah dia tolong jaga beg jela hari tu hehehe ....









Rasanya kolam ni paling digemari adik sebab dapat main pasir! haha. Kakak dia bizi berlatih berenang, yang dia bizi membina sesuatu. Bila ditanya, adik bina apa tu? istana ke? Dia jawab, bukit .... hahaha lorrrrr patut dari tadi bentuknya tak berubah ibu tengok! :p





Sewa pelampung kat Sunway Lagoon ni berapa yek? Haa ni la aku nak habaq story sikit pada hari kejadian ... haha! Disebabkan dah berbelas-belas tahun aku tak masuk Sunway Lagoon, ni makanya memang tak ingat dah la samada pelampung ni kena sewa atau diaorang sediakan FREE untuk pengunjung. 

Yang kakak dan adik pulak teruja bila nampak pelampung, nak bawa berenang katanya. Memula aku tak bagi sebab mungkin pelampung tu ada tuannya tapi tengok orang lain dok ambik selambanya pastu guna selamba badak je, so aku izinkan la diaorang ambil.

Tengah dok berenang-renang tu, tetiba ada sorang lelaki Cina datang kat kami tanya, "Ini pelampung mana kamu ambil? You tau ka saya sewa ini pelampung ... later kena hantar balik oo ..." Asssudohhh! hahaha ... tak pasal-pasal kena sound setepek ngan uncle tu hehe. Apa yang aku mampu cakap hanyalah "sorry uncle ... sorry i didn't know ... sorry ar uncle" adehhh ... malu siput aku kat situ haha.




Kenangan kakak dan adik berenang dengan pelampung uncle Cina tu muehehehe! Sorry sayang-sayangku, next time kita sewa pelampung sendiri yek. Ibu baru tahu sekarang .... hahaha!




Puas berenang sampai jam 5 petang. Tengok langit dah mendung, terus salin baju dan beredar dari situ. Dalam perjalanan balik, masing-masing terbongkang dalam kereta kepenatan. Tu mujur hujan petang tu, kalau tak .... nak sambung lagi mandi sampai ke maghrib!


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. pandai betul adik berposing depan kamera kan..takat ni akak tak pernah lagi masuk ke sunway ni...

    ReplyDelete
  2. wuhuhu...tak pernah lagi jejakkan kaki kat sini..

    ReplyDelete
  3. hahahah..merasa jugak main pelampung free...rezeki..eekkeke

    ReplyDelete
  4. ha ha ha...
    tempat2 gini biasa nyer memang kena sewa pelampung.
    takde makna nyer tempat tu nak bagi free.
    takpe la, rezeki anak-anak dpt merasa walaupun kejap kan :)

    ntah bila aida dpt jengah sunway lagoon ni agak nyer ekk ?
    tunggu izzat besar skit :)

    ReplyDelete
  5. sama la farah..rasanya dah berbelas tahun kot last pergi.. nanti la bawak Emir datang sini.. tengok adik kakak seronok yer dapat main air.. =D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM