Wednesday, June 03, 2015

# Cerita My Pearls # Roti Jala

Ragam Anak Sementara Nak Membesar


Assalamualaikum!




Kalau nak dibandingkan dia dengan kakaknya ... dia lebih berselera bab-bab makan ni sejak dari baby lagi. Sebab tu badan dia lebih sedikit berisi dan chubby. Dalam bab-bab lain pun dia lagi advance dari kakaknya, seperti kuat menangis, kuat merajuk, kuat membebel, kuat menegur .... hahaha.

Semalam dia merajuk .. katanya kami makan nasi tak ajak dia sekali. Walhal dah dipanggil 3-4 kali suruh keluar dari bilik, makan kat depan tapi dia masih ralit .... ralit menari depan cermin! Adeh ....

Bila kami dah habis makan ... baru dia keluar dari bilik. Pastu duduk atas sofa dengan muncung mulut itik tak dapat makan. Maka, bermula la drama swasta dan air mata ....haha. Bawa diri kembali masuk dalam bilik baring atas katil menyelitkan diri di bucu dinding katil sambil gentel bantal busuk. Sapa nak pujuk kalau bukan aku .... hahaha. Dah 'salah' ibunya tak ajak dia makan tadi ...

Macam mana dia kuat merajuk, macam tu la dia senang dipujuk. Marahnya kejap je ... asalkan ada yang pergi dekat dan gurau-gurau sikit dengan dia sambil pujuk, ok la dia tu. Dah kesat air mata ... tanya dia lagi nak makan nasi ke tak ... dia mengangguk perlahan.

Dua kali dia menambah nasi ... berlaukkan hanya kuah sambal telur yang aku masak. Itupun dah sedap bagi dia tu hehe. 

Pagi ni kat warung Pak Yop, dia tahu dah apa yang dia nak. Di'sambar'nya roti jala sepeket, nasi lemak lauk sosej dan air sirap. Perghhh .... sapa nak makan banyak-banyak ni? Adik nak makan sampai tenghari kang katanya. Kakaknya pun amik sepeket roti jala dengan ayam goreng.

Fuh! boleh tahan selera makan anak-anak. Ye la ... dah besar, banyak guna tenaga dan kerahan otak untuk berfikir maka makan pun nak kena banyak la supaya tak lesu dan lembik. Dan, pagi ni dia terbuka hati pulak nak sarungkan tudung di kepala .... alhamdulillah. Walaupun mungkin hanya untuk separuh hari ... itu pun satu latihan untuk permulaan yang baik kan ... alhamdulillah :)


5 comments:

  1. dia yang bongsu kan anim,mestilah manja dia lebih skit dari kakak...hehehe.tapi adik memang comel...

    ReplyDelete
  2. lagi besar anak lagi banyak ragam..
    so sebagai ibu bapa kita kena banyak bersabar dalam mendidik anak

    ReplyDelete
  3. irine pon dah pandai buat muka..hahahadoiii.. kalau tengah makan tak ajak dia..dia pegi sendiri kat periuk nasi makan kat situu..alahaii..protes laa kononnya x ambikkan pinggan untuk dia..

    ReplyDelete
  4. Seronokkan layan peel ank2...walaupun kadangkala amat menguji kesabaran! Hahaha

    ReplyDelete
  5. anak2 dara memang gitu.
    anak2 dara aida pun kuat merajuk, muncung 2 meter panjang.
    but yes, mudah dipujuk :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?