Tuesday, June 09, 2015

# Cerita My Pearls

Rindu Seorang Anak ...


Assalamualaikum!

Dah ibu agak, mesti ada yang tersedu sedan di malam hari. Memang begitulah pesennya sejak dulu lagi. Tiap kali 'berpisah', mesti akan ada dialog air mata antara ibu dan anak huhu. Mana leh tahan ... rindu weh! Hari-hari dok gaduh pun, bila berjauhan terasa sunyi! 

Semalam dapat panggilan dari anak dara yang sulung. Tersedu -sedu ...menggugu-gugu si kakak menangis, merayu mintak aku dan ayahnya balik malam tu jugak. Ikutkan rasa memang nak saja aku 'terbang' semalam ...tapi demi kebaikan dia dan adiknya, aku pujuk sampai dia tenang.


Katanya dia rindu ... tak tahan rindu pada ibu. Tak berselera makan ... dan adik takmo bercakap dengan aku dalam talian. Ibu tahu .... adik tak nak cakap sebab adik takut adik akan nangis teriak sebelum sempat bukak mulut kan. I understand ....

Tenangkan hatimu kakak, banyakkan berzikir ingat Allah. Kalau kakak nangis, adik akan turut menangis. Kakak kena kuat ... tunjukkan pada adik yang kakak kuat. Ibu tahu kakak dan adik rindukan ibu dan ayah ... kami juga rindukan kakak dan adik. Percayalah .... tak lama lagi dah ..... insyaAllah ibu akan jumpa kakak dan adik semula. Kalau kakak rindu, ambil baju kain ibu, peluklah dan cium sepuasnya. Kalau tak tahan juga, lepas solat doalah banyak-banyak supaya Allah cepat temukan kita semula. InsyaAllah kakak akan tenang .... please jangan nangis k.

Lepas tu barulah dia tenang dan senyap. Tiada lagi kedengaran rengekan kecil di hujung talian. Walaupun air mataku dapatku tahan dari jatuh... tapi dalam hati ...hurmmm hanya Allah Yang Maha Mengetahui :')



4 comments:

  1. hehehe.. biasslah xpernah duk jauh2 lelama kan.. hehehe kesian kakak n adik...moga tabah!

    ReplyDelete
  2. Alahai... Sebak plak baca... Huhu...

    ReplyDelete
  3. dengan yang baca ni sekali sedih..huhu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?