ruangiklan
ruangiklan

Monday, June 29, 2015

Semangat Ramadhan & Raya!


Assalamualaikum!


Setelah lebih 4 tahun 'pencen' dari membuat kuih raya, tahun ini aku nekad mahu menyambung semula 'legasi' itu. Niat dipasang kemas, agar tidak jadi seperti angan-angan mat jenin. Aku tak mahu 'harta'ku itu dipandang sepi tanpa digunakan sebaiknya. Ilmu dah ada, barang di depan mata ..... why nottttt??? hehe 



My precious no.1.....


Dah 4 tahun mesin pengadun ni 'menyorok' dalam almari kat dapur mak. Dah tiba masa untuk keluar dari 'gua bertapa' muahahaha. Empat jenis biskut raya sudah terbayang-bayang di depan mata. Aku tak perlukan pertolongan sesiapa ..cukuplah ada my precious-es dan semangat hehe



my precious no 2 ....


Berkat berbaik dengan jiran di kuarters dulu, ilmu yang diperolehi aku tak mahu dipersiakan.Itulah titik permulaan aku dengan biskut raya. Kalau tak, sebelum ni tau makan aje kan. Tapi sampai bila?? Zaman anak dara, mak yang support kuih raya ...bolehla aku main ngap je. Main tunjuk tunjuk mintak biskut apa yang disukai. 

Tapi, bila dah berkeluarga takkan nak mintak ngan mak lagi. Dah tiba masanya aku buat sendiri kuih raya macam dulu-dulu. Nak beli tetiap tahun ... kos makin meningkat! Jawapannya, buat la sendiri ... baru puas semua ahli keluarga dapat makan ulang-ulang ye dop :)

Tahun ni aku nekad nak buat biskut raya untuk 3 keluarga! Keluarga aku, mak dan mak mertua. Semangat mahu kuat ... hati kena cekal ... badan kena kebal! Kalau tak .... memang tak capai sasaran aku! 

Empat jenis biskut raya ... dalam masa 48 jam! Huhu .....



14 comments:

  1. Fuhh 4 jenis dlm masa 48jam?
    Kalau kita 1 kuih pun belum tentu nampak rupa..
    Semoga semuanya berjalan seperti yg dirancang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulun tenaga habis-habisan ni hehe. Alhamdulillah ..terima kasih aima :)

      Delete
  2. wahhhh bagusnya hanim.. tp buat sendiri lg puas hati kan?
    akak ni xreti so beli jelah.. heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas hati kak mas ..alhamdulillah. Berbaloi rasa sakit pinggang sengal2 otot-otot dua hari ni hahaha :D

      Delete
  3. Saya pun mula buat sejak tahun lepas... Huhu.. Bekerjasama dgn suami siapkan... Tahun ni tak start lagi buatnya.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anim buat sengsorang 95% ni sis. Kalau boleh memang takmo sapa-sapa kacau, tapi kalau nak kena gi kedai tu kenala minta tolong suami hehhe :D

      Delete
  4. Seronok buat kuih raya ni sebenarnya...zaman sekarang ni nak resepi apa googe jer...so, apa lagi??? Jom kita membaking!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sis! Rindu giler ...dah 4 tahun menunggu, akhirnya dapat juga pegang dulang kuih hahaha ... jommm!

      Delete
  5. huih..48 jam??larat ke?/KENA BAYAR UPAH LEBIH KAT PEMBANTU2 TU..HEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. larat tak larat memang kena capai target tu sis hehe. Pembantu takda ...kita lone ranger buat kuih ...lebih selesa :)

      Delete
  6. ingat nak buat jugak kuih raya tahun ni.
    tapi my dad rosakkan oven punya pintu.sobs

    www.thethinkerbelle.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai ...oven tu yang penting tu kan. Takpe minta daddy belikan baru hehe :D

      Delete
  7. mau tunggu entry kedua pasal kuih raya 48 jam :)
    apapun, tahniah ye...

    ReplyDelete
  8. Dasyatlah..dalam 48 jam le buat 4 jenis biskut raya..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.