Wanita Hamil/Menyusu Perlukah Qadha Puasa?

Friday, June 26, 2015



Assalamualaikum!


sekadar gambar hiasan


Setiap kali timbul bulan Ramadhan, persoalan inilah yang paling popular yang sering diajukan oleh kaum-kaum ibu terutamanya. Keliru .... seandainya ibu-ibu hamil atau menyusu anak yang tidak mampu berpuasa di bulan Ramadhan, perlukah ganti puasa Ramadhannya? Perlu fidyah jugak ke? Ada kata tak perlu ... ada kata perlu. 

Nah! ini jawapan yang sebenarnya ....


WANITA HAMIL/MENYUSU QADHA PUASA
Please, jangan tanya lagi dah pasni.

Ahlus sunnah wal jamaah berpegang bahawa wanita hamil/menyusu WAJIB mengqadha puasa yang ditinggalkannya samada kerana risaukan dirinya, risaukan anaknya/kandungannya, atau risaukan kedua-duanya. Pendapat ini adalah IJMA' SEPAKAT oleh imam dan ulama-ulama 4 mazhab. Yang khilaf cuma part fidyah sahaja.

Mazhab Hanafi :
  • Wanita hamil/menyusu boleh berbuka dan wajib ke atas mereka mengqadhakan puasa dan tidak perlu membayar fidyah.

Mazhab Maliki :
  • wajib mengqadhakan puasa dan membayar fidyah bagi wanita yang menyusukan anak tetapi yang hamil cukup sekadar mengqadhakan puasanya

Mazhab Syafi'e :
  • jika wanita hamil atau menyusukan anak khuatir akan keselamatan diri kedua-duanya (diri sendiri dan anaknya) ATAU khuatir keselamatan dirinya sahaja, maka wajib mengqadhakan puasanya. Tetapi jika hanya khuatir keselamatan anak-anak sahaja maka mereka wajib qadha dan fidyah

Mazhab Hambali :
  • jika wanita hamil dan menyusukan anak, jika berpuasa dikhuatiri akan menyebabkan bahaya keselamatan dirinya sendiri dan anak, ATAU keselamatan diri sendiri sahaja, maka mereka boleh berbuka dan wajib mengqadha puasanya, tetapi jika hanya khuatir keselamatan anak sahaja maka wajib bayar fidyah

Kesimpulan, wajib qadha puasa


Yang tak wajib qadha :

  • mereka yang gila/hilang waras, 
  • yang belum baligh, 
  • yang uzur kerana tua sehingga memang tak ada kelaratan langsung untuk berpuasa dan mengqadha (ganti dgn fidyah). 

Dalil jelas dah dalam al-quran.


Rujuk majlis agama islam wilayah persekutuan:
www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/fidyah

Rujuk juga: kitab Fiqh as Sunnah, Majmu' Syarh Muhazzab, indahnya hidup bersyariat (ustaz Ismail Kamus).

Mahu bukti hujah? pencerahan? ...nah, iqra' (bacalah)







Di atas adalah huraian Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Ensiklopedia Fiqh Wanita, beliau naqal pendapat Imam Nawawi dari kitab al-Mughni dan pendapat Ibnu Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa, dan nawal kitab al-Hidayah wa Fath al-Qadir, kitab al-Syarh al Saghi li al-Dardir wa hasyiyah al-Shawi, kitab Ghayah al-Muntaha di al-Jam Bayn al-Iqna' wa al-Muntaha.

Lihat ayat Dr. Karim, "tidak ada perbezaan pendapat di kalangan fuqaha", maka perkara ini ijma' sepakat ulama. Bukan khilaf.



Antara kekeliruan dan penyelewengan fakta sempena Ramadhan ini ialah:

1. Mengatakan wanita hamil/menyusu anak tidak perlu qadha puasa. PENDAPAT INI SALAH. Walhal ijma' sepakat seluruh ulama 4 mazhab ahlus sunnah wal Jamaah mengatakan wajib qadha puasa yang ditinggalkan, yang khilafnya cuma tentang fidyah. 

Rujuk majlis agama islam wilayah persekutuan:

Rujuk juga: kitab Fiqh as Sunnah.

2. Mengatakan masih boleh makan dan minum saat azan subuh berkumandang. PENDAPAT INI SALAH, bertentangan dengan dalil qat'ie surah al-Baqarah ayat 187. Walhal ijma' sepakat seluruh ulama 4 mazhab ahlus sunnah wal Jamaah mengatakan wajib berhenti makan dan minum saat telah terbit fajar, lebih-lebih lagi azan itu dilaungkan selepas beberapa ketika terbitnya fajar. Malah, ulama-ulama salafi wahhabi sendiri mengatakan tidak sah puasa jika makan ketika azan subuh (rujuk fatwa Ibnu Baaz dan Soleh Uthaimin 

3. Mengatakan perbuatan menetapkan Imsak itu bidaah. PENDAPAT INI KELIRU. Ulama ahlus sunnah wal jamaah tak kata pun imsak tu waktu wajib berhenti makan dan minum. Bukak kitab-kitab fiqh mereka, disebut ia adalah cuma waktu berjaga-jaga. Imam asy-Syafie sendiri menggalakkan kita berhenti sahur beberapa ketika sebelum terbit fajar kerana takut terlajak sahur (masa zaman tu belum ada kalendar takwim dan ilmu astronomi/falak belum wujud/meluas).

4. Mengatakan solat tarawih 20 rakaat adalah dari riwayat palsu (dan sesetengah wahhabi kata buat 20 rakaat itu bidaah). Dalil jelas masa zaman Sayyidina Umar jadi Amirul Mukminin, para sahabat Rasulullah saw di Madinah, penduduk Makkah, penduduk Kuffah, dan penduduk Yaman, melakukan 20 rakaat dan ini yang disepakati jumhur ulama, sebagaimana huraian Imam Nawawi.




sumber info : SINI (dengan kebenaran penulis asal)

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ni anim.

    ReplyDelete
  2. walaupun tidak menyusu tetapi terima kasih hanim di atas ilmu dan juga perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. Ya... Wajib qada puasa... Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. gambo hiasan tu member aida.
    farah tv al hijrah kan :)
    sama belajar di uia...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM