Adab Ziarah Kubur Yang Perlu Anak Kita Tahu!

Wednesday, August 12, 2015



Assalamualaikum!


Minggu lepas kami ke tanah perkuburan Shah Alam menziarahi kubur arwah kak ipar. Tapi, yang masuk ke dalam hanya Pak Jelan seorang ... sementara kami bertiga hanya menanti di luar pagar.




Enam tahun dah berlalu .... 

Disinilah bersemadinya arwah kak iparku, kakak Pak Jelan yang sulung. Dua puluh hari lagi sebelum Mira keluar menjengah dunia, kak iparku dijemput Ilahi akibat penyakit kronik. Kenangan bersama arwah itulah pengubat rindu di hati.

Sementara menunggu Pak Jelan di luar pagar tu, kakak mula melemparkan soalan bertalu-talu tentang kubur. Apa? Budak umur 8 tahun pun nak tahu tentang kubur? Percayalah ... kakak memang nak tahu sangat huhu!

Boleh tak budak-budak pergi lawat kubur bu? - boleh takda halangan tapi mesti jaga adab dan kesopanan ketika di kubur. Nak ziarah kubur mesti ada adab, tak boleh main masuk dan buat bising di dalam. Kakak dan adik tak boleh menangis sehingga meratap-ratap atau menjerit di kubur. Bila dah sampai tanah perkuburan tu bagilah salam pada ahli kubur. Kemudian, pakaian kita pun kena sopan dan menutup aurat.

Bila dah sampai di perkuburan, jangan pulak kita berborak dengan kengkawan apatah lagi bergelak ketawa dan berselfie (sebab dah ada kes macam ni)! Tapi bacalah ayat-ayat al-Quran untuk arwah atau berzikir. 

Boleh ke kita cakap dengan arwah mak long? - Dalam Islam takda ajaran manusia bercakap dengan orang yang dah meninggal dunia.

Habis tu dalam tv tu dia cakap ngan orang mati dalam kubur? - Kakak toksah ikutla. Nabi tak ajar suh kita bercakap dengan si mati. Yang perlu kita buat adalah mendoakan si mati bukan bercakap dengan dia. Itu amalan orang bukan Islam. Jangan diikut ..!

Apa ayah buat tu bu? - Ayah tengah bersihkan kubur arwah mak long. Selain baca Quran dan berzikir, kita boleh tolong perkemaskan dan bersihkan kubur. Kalau macam ada daun-daun kering tu bolehlah tolong buangkan.

Adab-adab lain, tak boleh berlari-lari dalam kawasan perkuburan. Elakkan dari melangkah kubur lain dan jangan makan dan minum di situ. 



You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Bgus., sa5u pembelajaran untuk kakak dan adik,

    ReplyDelete
  2. Betul nim...k.sal ajak dah hero2 k.sal ziarah kubur nenek & atok dyorang...

    ReplyDelete
  3. Itu lah ramai jugak budak kecil tak tahu sangat adab ziarah kubur, siap main langkah-langkah kubur lagi..huhu..yg ibu bapa lah perlu ajar kan..hehe

    ReplyDelete
  4. thank you :) peringatan utk diri saya sendiri

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. info yang berguna. TQ

    jemput singgah www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. ada few times bwk anak2 ke kubur.
    melenting2 diorang dgn cousins.
    adudu hai...
    kena ajar diorang hormat kan :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM