Berenang Itu Indah ....

Tuesday, August 18, 2015


Assalamualaikum!




Teringat kenangan bercuti di Agrofarmstay, Melaka tahun lepas. Kali pertama kakak dan adik mengenakan baju renang setelah hampir berbulan beli tapi tak berpakai hehe.  Bila dah sampai ke tempat yang sepatutnya, masing-masing teriak nak pakai baju renang dan terjun masuk dalam kolam hehehe

Teruja tu memang teruja, walaupun masing-masing tak berapa nak pro berenangnya. Harapkan ibu je la yang berkaki panjang ni ha. Sebab tu kalau berenang dalam kolam kanak-kanak ibu buat rilek buat cool je. Tapi cer tengok ibu berenang dalam kolam yang lagi satu tu ... memang takkan nampak la ibu berenang di situ hehehehe




Anak-anak dah memang kemaruk nak belajar berenang. Sampai ajak kita berenang masuk dalam kolam orang dewasa! Hishh .... kalau nak belajar kena mulakan di kolam kanak-kanak dulu ye. Maka, jadila ibu tenaga pengajar tidak bertauliah hari tu. Sorry sayang-sayangku, ibu kalau bab berenang ni ibu tak pernah masuk kelas lagi hahaha ... tapi kalau takat kaki dapat cecah lantai dalam kolam tu, kira sapsapsoi je tu ...wakakakaka!

Seronok time ni ... orang keliling pun takda lagi. Ada yang belum sampai. Kiranya kami keluarga pertama sampai sini hehe. Memang kasi pulun habis bagi anak-anak main dalam kolam sambil diperhatikan ayahnya di tepi. Si ibu pun kadang-kadang mengibas-ngibas kaki juga di tepi kolam ....hahaha! Nak cuba kuatkan kaki untuk berenang kononnya ....! Walhal tangan masih berpaut kat batu tepi tu .... pa cittaaaaa! muahahaha :p




Kelmarin depa nampak kolam lagi kat sebuah hotel. Bajet nak terjun la tu hahaha. Yang si Mira dah pergi dekat dah macam nak sentuh je air kolam tu, mujur disergah Pak Jelan. 

Anak-anak ibu kemaruk nak masuk kolam lagi ... hehe 

:D


You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. anak sy tgk kolam excited bukan main..tapi bila masuk dlm pool, takut2..hehe..mebi sbb jarang dpt mandi dlm kolam besar2 :P

    ReplyDelete
  2. hamboi sakan ye,anak Kak Sue pun kalau tengok kolam renang teruja abihh.. ;)

    ReplyDelete
  3. patutu macam kenal tempat ni hehehe

    ReplyDelete
  4. bebudak dengan air ni memang tak dapat dipisahkan kak,, cuma kena perahi dari jauh je,, biarlah dia main sekali sekala kan,, bagi puas kan hatinya tu huhu,,

    ReplyDelete
  5. suka budak2 dengan swimming pool.. hehehe..mak nya nak ajar berenang pon tak reti.. heheheh

    ReplyDelete
  6. september ni in shaa Allah anak2 dara aida sambung lg kelas swimming diorang yg dah lama tertinggal :)
    diorang suka swimming.
    kalau holiday menjadi satu kemestian cari hotel yg ada pool.

    ReplyDelete
  7. Wah beatnya dapat g berwnang rwnang ke tepian berenang renang ke tengahan hahahha..seronok kan bawak anak3 g berenang ..mesti best ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM