Monday, October 05, 2015

# Cerita My Pearls # Roti Jala

Bila Datang Selera Mira ...


Assalamualaikum!




Keunggulan cinta ... dari sinar mata yang bergeloraaaa..

Mau tak bersinar, roti jala yang dah lama diidamkan akhirnya berada di depan mata! Maafkan ibu kerana mengambil sedikit masa yang lama untuk merealisasikan impian Mira ye, dah la Mira kuat sentap kebelakangan ni hehe:p

Dah lama gak la dia minta nak makan roti jala. Suh ibu buat, takmo yang beli punya katanya tak sedap huhu. Kesnya dia masih terngiang-ngiang akan kesedapan roti jala yang aku buat dalam bulan Ramadhan aritu. Walaupun rupanya tak semenggah ... tapi di tekak anak-anak tetap sodap! hehe



Puas makan empat beranak! Ermm ... sebenarnya tak puas baq hang, aku kena repeat buat untuk second and third round makan petang dan malam hahaha. Pastu, esok pagi sambung buat 2 adunan lagi sebelum pegi event.

Balik malam ayahnya nak ngunyah something, roti jala aku la jadi 'mangsanya' hahaha. Pagi ni ... walaupun tak sekolah, masing-masing aku bekalkan roti jala buat makan di rumah pengasuh. Amacam? makan sampai lebam cerita dia ni! hehehe. 

Alhamdulillah, at least diaorang berselera nak makan walaupun roti jala tanpa kuah kari. Makan macam tu pun sodap! Cicah ngan gula atau kuah sardin pun menyogat! Perut kalau dah lapar, hadap benda simple macam ni pun jadi sedap .... betoi tak :)

Paling best ailio Mira dah tak meleleh lagi ekekeke :p

5 comments:

  1. Mesti Hanim ada resepi khas kan? Sampai tanpa kuah pun anak² dan suami suka makan. Apakah resepinya tu? Bak maihla share seketoi... hehe

    ReplyDelete
  2. Mesti special nih.. Tu yang sedapkan.. Air tangan ibu..

    ReplyDelete
  3. Kira sekeluarga memang suka roti jala ni..untung la selera semua sama..macam saya naak beranak selera semua lain2...

    ReplyDelete
  4. baru jer mkn roti jala breakfast mggu lps... sedapnyaa...

    ReplyDelete
  5. Tahniah!
    Aida br sekali buat kat umah sendiri :-)
    Lom repeat lg.
    Selalu buat kat umah mak..

    ReplyDelete

Apa kata korang?