Friday, October 09, 2015

# NJOI # Story Kenit

Dah Jumpa Cara Macam Mana Nak Tukar Dekoder NJOI!


Assalamualaikum!


Beberapa minggu yang lepas, aku dapat panggilan dari abah yang dekoder ASTRO kat rumah tu buat hal ....lagi! Siaran tetiba terputus dan gambar blank. Disebabkan dekoder tu atas nama aku, maka aku la kena setelkan. Try call customer service dan katanya disebabkan masalah teknikal. Nak tak nak kena tukar dekoder tu pada dekoder NJOI memandangkan dekoder aku yang sekarang tu dah takda warranty, jadi aku kena langgan semula NJOI dan bayar RM438+ untuk tukar dekoder dan piring satelit!

Perghh ... keje gila ni! Takkan sebab nak tukar dekoder aku kena berhabis dekat RM500? Tapi prosedur dia dah memang begitu ... katanya. Dan hampir-hampir aku nak tukar kepada Astro-Beyond yang kena bayar tiap-tiap bulan tu. Ish ... orang lagi nak elak dari tambah bil, mujur tak jadi amik huhu. 

Mana nak cari kedai yang ada jual dekoder NJOI? So, dia cadangkan aku gi kedai yang ada lambang Astro dan tanya kalau-kalau ada jual dekoder NJOI second-hand.




Hurmm ... dekoder duduk kat Melaka, masa bila pulak aku nak gi kedai cari dan kemudian hantar balik Melaka? Terpaksa susahkan abah gi cari sendiri di sana. Dan, akhirnya abah jumpa jugak kedai tu. Tauke tu bagi nombor telefon technician tu dan terus abah call tanya kalau dia ada dekoder NJOI second-hand punya.

Bingo! Technician tu datang umah dan tolong pasangkan sekali. Upahnya .... RM100 sekali ngan dekoder dan warranty selama 3 bulan. Ok sangat dah tu .. suka mak tengok gambar tv cantik semula hehehe. Walaupun mak jarang sangat nak tengok tv terutama di waktu malam, tapi kalau tv rosak atau gambar tak cantik ... hati risau gak, katanya hehe :D

Takda NJOI pun takpa sebenarnya, tapi rugi la sebab akaun masih aktif dan dah tak perlu bayar apa-apa bil. Mujur ada jalan alternatif ... hati senang duit tak terbanggg! hahaha :p


19 comments:

  1. kat rumah akak pun njoi jugak..tu pun sebab nak bagi terang je..pakai arial memang tak boleh nak tengok gambar cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak samala, pakai njoi semata nak gambar cantik je haha

      Delete
  2. Syukur. Dpt ilmu hari ni tq nim. Yt gn njpi je. Demi utk siaran cantik. Haha.

    ReplyDelete
  3. samalah astro umah mak saya...rasa nak tutup ke psl siaran ulangan je byk tapi kesian plak nnt mak abah tgk siaran tak clear

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la, siaran di kampung tak berapa jelas. Memang kena pasang astro, tapi yang ni ok la

      Delete
  4. Replies
    1. kena cari kedai yang ada sticker astro :)

      Delete
  5. dulu kala RM300+ aje.
    ari tu aida tanya gaks pasal njoi.
    tanya punya tanya, rupanya rm100 utk upah ejen pasang aje.
    hu hu hu patut la naik rege!!!
    dulu kala pemasangan percuma.

    ReplyDelete
  6. jimatttt duittt hahahaha..byk gak beza tu..nangis dgr harga dekat RM500 tu..

    ReplyDelete
  7. knp? lain ke decoder enjoi ni dgn yg biasa? klu slot card njoi ke mana2 decoder takleh ke?

    ReplyDelete
  8. Tu la ramai pasang njoi sebab nak pic cantik je bukan sebab siarannya.

    ReplyDelete
  9. citer psl njoi teringat aben hahah

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. alamakkk ... kat sy takda. Tak pasti abah sy simpan ke lagi nombor tu

      Delete
  11. Dekoder lain bleh match ke dgn card yg ada tu?

    ReplyDelete

Apa kata korang?