Jangan Merungut Sangat Boleh Tak!

Tuesday, October 20, 2015


Assalamualaikum!


Dah lama dia berhajat nak datang sini. Tapi selalu je ada 'halangan' kecil yang membantutkan hajat si sulungku ini. Aku tahu,  dia memang suka datang sini baca buku ... kalau boleh setiap minggu! 

Payah sangat ke nak penuhi hajat si anak? Bukan dia minta pergi tengok wayang atau shopping di KLCC pun. Well, at least bukan sekarang la kan hehe. Di waktu usia begini dulu, aku tak cakna langsung pasal buku! Bila dapat anak yang suka membaca, tu pun tak reti bersyukur lagi ke!



Macam Ustaz Don cakap, zaman sekarang kita dah tak boleh SURUH anak tu pergi solat. Tapi, kita kena AJAK anak solat bersama. Sama jugak dengan membaca ... aku dan ayahnya tak boleh simply, "kakak ... adik gi baca buku sekarang" tapi kami kena turut serta membaca bersama atau bawa mereka ke tempat yang sepatutnya untuk membaca.

Sumber buku di rumah pun agak terhad, sebab kebanyakan buku yang aku beli time diaorang masih kecil lagi. Habis, takkan dia nak ngadap buku teks yang sama setiap hari hehe. Tak puas baca katanya ... maka, Perpustakaan Negara la tempat yang paling afdal untuk mereka mengubati kerinduan hehe ....




Part paling diaorang suka kalau datang Perpustakaan Negara, ialah bila dapat pinjam buku! Mentang-mentang sorang boleh pinjam 6 buah buku sekaligus, memang diaorang kasi pulun 'tawaf' satu perpustakaan tu cari buku yang disukai. 

Kakak macam biasa, suka baca komik kartun dan kisah-kisah Nabi. Adik suka baca buku cerita haiwan dan buku English. Ibu? Ibu tolong keluarkan mykid anak-anak untuk proses peminjaman hehehe. 

Walaupun duduk situ tak lama sebab ayahnya tetiba dipanggil bertugas, tapi dari riak wajah masih-masing dah puas sebab dapat apa yang dihajati. 

Hurmm ... kalau ikutkan penat, memang penat sungguh badan ni. Kalau boleh taknak keluar langsung dari rumah tu, nak baring rehat je atas katil sambil layan kartun Shin Chan. Tapi, try muhasabah diri balik ... wajarkah aku pentingkan diri sendiri melayan kepenatan diri dan mengabaikan permintaan si anak? Wajarkah aku halang minatnya yang suka membaca hanya kerana aku tak larat? ....

Renung-renungkan dan selamat beramal ....


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. alaaa lamanyaaa tak pe gi pustakaan tu ibuu..tunggu kembar besar la..skrg tak leh lg nnt haru hahahaha

    ReplyDelete
  2. yup betul tu. Budak-budak zaman sekarang, kalau kita nak suruh buat apa-apa, kita kena buat juga. Macam contoh solat tu, ada ibubapa yang tidak solat, tapi kerap marah anak mereka sebab tak solat.

    ReplyDelete
  3. seronok tengok budak-budak dengan buku. excited diorang memang best.

    ReplyDelete
  4. Bestnya tgk budak2 baca buku...tapi saya bukan ulat buku..hehehe

    ReplyDelete
  5. Pengorbanan seorang ibu... Perghhhh tabah betul akk.. Semoga ena dapat lyn anak2 ena nanti mcm akk l

    ReplyDelete
  6. kena jugak ikutkan hobi anak..lagipun benda baik kan anim..kita sebagai orang tua kena support hobi yang baik ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM