Upah Jaga Ibu & Anak RM4200??!!

Monday, October 19, 2015


Assalamualaikum!


Ini bukan cerita rekaan semata-mata, tapi pengakuan ikhlas dari seorang rakan aku berbangsa Cina. Arghhhh stres pulak tengok angka sebanyak tu hahaha! Kata dia lagi, sekarang ni permintaan untuk jaga ibu yang sedang berpantang dan anak yang baru dilahirkan sangat tinggi, tapi nak cari orang yang mahir dan sanggup jaga setiap hari cukup payah huhu ....

Pasaipa sampai RM4200?? Haaa itulah upah jaga ibu yang sedang dalam berpantang dan anak yang baru dilahirkan untuk tempoh 30 hari. Itu belum termasuk duit ang pau lagi tau! Kata rakan aku ni, dah habis tempoh sebulan tuan rumah kena bagi pulak lagi ang pau RM200 kat tukang jaga tu ... so total RM4400!!





Kerja dia? Hanya masakkan lauk untuk ibu berpantang dan jaga baby saja dari pagi sampai malam. Benda lain dia tak usik. Kemas umah dia tak buat. Lagi satu, makan dan tempat tinggal juga disediakan ... fuh! bahagia betul kerja macam ni hehe. Lebih bahagia dari buka taska dan kena jaga 30 orang budak sekali gus huhu ....

Kata dia lagi, 'bisnes' ini memang dah ada sejak 20 tahun yang lalu. Time dia dulu, upah jaga ibu dan anak hanya sekitar RM2700 je .... masa tu! Tapi dia beruntung sebab mak dia boleh masakkan lauk berpantang dan suami tolong jaga anak. 

Tapi bagi yang lain-lain tu ...? memang kena upah orang la tolong tengokkan anak dan masakkan lauk berpantang huhu. 

Hurmm bayar yuran taska anak RM300+ sebulan pun dah semput semput, inikan pulak RM4000+ untuk sebulan je! Kalau mampu ok la, kalau aku ... geleng kepala je la hehe .... 

Bak kata dia, mau hidup pun pakai manyak duit ... mau mati lagi manyak pakai duit looo ....

Gitulaaaaaa ..... hehehe

You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. Replies
    1. yang tu pun pening kepala jugak nak membayar tu hehe

      Delete
  2. alolo..4k??rasa 3 kali ganda gaji akak je anim...susah kan sekarang ni,makin lama makin meningkat semua kos...tapi gaji tetap tahap tu jugak!!


    pssttt:header dah lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji sy pun tak sampai 3k kak hehe. Sekarang ni harapkan gaji saja memang takleh dah kak .. kena cari alternatif lain jana income huhu

      Delete
  3. Org cina memang segalanya mahal...pengasuh budak pun sebulan 600 ke atas...dari dulu...sekarang dah xthula brp..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sis ... lagi kecik budak lagi mahal harganya huhu

      Delete
  4. mesti kaya raya org yang buat bisnes gini kan? setahun ambik 3-4 kali punya job pon dah ok kottt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaya tu tak tahu lg .. tapi memang bahagia gaji sebulan 4k dengan makan tempat tinggal free hehe

      Delete
  5. Orang Cina jarang yang nak berpantang macam kita.Tapi kalau yang betul-betul nak jaga pantang, memang sanggup berhabis demi kesihatan.Tapi orang melayu pun sekarang ni dah ramai yang tak berapa nak berpantang.Mama moden katanya.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM