Ikut Bulan Atau Ikut Tahun?

Thursday, November 26, 2015


Assalamualaikum!


Itulah modal kami laki bini 'bergaduh' tiap kali menjelang hari ulang tahun kelahiran masing-masing hahaha. Setiap tahun ..! Padahal umur sama je, cuma jarak je sebulan! :p

Kalau dia cakap,"abg dah 33, hani pun 33 jugak la kan .."

"Oh pehlissssss .... i is masih 32 ye. Birthday i bulan depan, lambat lagi tau" . Nampak sangat takleh terima hakikat dah tua kan ehehehe :p



Dua hari je lagi nak sampai ke tarikh hari ulangtahun aku. Dalam keadaan umur yang semakin meningkat ni, memang satu perkara ni la yang paling aku titikberatkan sekarang. Di waktu anak-anak makin rancak membesar, aku sendiri kena pastikan tahap kesihatan diri berada di 'landasan' yang baik hehe. 

Untuk itu, aku menjalani pemeriksaan kesihatan di opis anjuran Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) kelmarin dan alhamdulillah keadaan semuanya baik-baik belaka. Ye la ...kadang-kadang kita je yakin luar rasa sihat, boleh bergerak sana sini .. tapi dalaman hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Macam tahun lepas, aku ada masalah sikit bila dikesan ada protein dalam urin. Cuak juga bila staf perubatan tu cakap ini mungkin boleh mengundang masalah buah pinggang kalau tak dicegah dari sekarang. Haa tu baru KEMUNGKINAN ... belum disahkan lagi, pun aku dah rasa cuak gila!

Berjogging pun bukan setiap minggu, anak-anak ajak barulah kaki ni gigih nak berlari hehe. Kalau tak diajak bersukan memang tak berangkat la badan ni. Layan bantal lagi sedap ... hahaha!

Tapi anak asokar, mana boleh tengok ibu terbongkang di sofa ... kalau boleh nak kita berkawad dalam umah tu jugak! hehehe ....

You Might Also Like

17 pengomen comel

  1. sweetnya hnim sambut bday sama2 nanti..hehehehe...biasala kan..gaduh sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda maknanya sambut sama2 kak, mana boleh ... nanti dia kira satu hadiah je haha :D

      Delete
  2. hai Hanim... cantik header... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... takyah nak cantik sangat laaaa, kantoi sudaahhhhhhh! :p

      Delete
  3. tak yah nak kira bulan sangat la hahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiraaaaaa ... kena kiraaaaaa, jauh jaraknye tu tau dak hahaha :D

      Delete
  4. Laki mmg suka ikot bulan buat dia rsa muda sikit .huhu
    JOM JOIN GA LIKE DAN MENANG PS IKEA PERLIS
    http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kes ni isteri yang suka ikut bulan hehehe :D

      Delete
  5. oo beza sebulan je dengan husband ye..kadang-kadang bab umur2 ni memang ebst jugak dijadikan bahan gurau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la sis ... bahan nak bergurau laki bini. Kelakar jugak bila melayankan tu hehehe :D

      Delete
  6. hadoi.
    aida pun nak buat med check up la.
    umur lagi byk dari hanim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. better buat sis, untuk pencegahan awal :)

      Delete
  7. Saya sokong ikut bulan.. Hahah

    ReplyDelete
  8. kami bulan yang sama.. beza hari 5 hari ajer... tp tahun kami lain.. suami tua setahun dari sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu konfirm kena ikut tahun kan sebab tahun yang berbeza :)

      Delete
  9. Owh... Sebaya la akk dan suami ye.. Kami memang beza tahun dan bulan.. Jadi memang redha lah.. Haha

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM