Friday, February 12, 2016

# Cerita My Pearls

5 Jam Itu 'Emas'!


Assalamualaikum!


Start dari balik sekolah agama sehingga jam 10.30pm, aku kena 'berkejaran' dalam rumah untuk memasak, gosok baju sekolah, tengokkan homework anak-anak, solat dan mengaji bersama, sediakan makanan malam dan sebagainya! 

Dah tentulah ayahnya pun ada menolong, kadang-kadang dia masak lauk aku masak nasi. Dia basuh baju (sental dalam bilik air) aku tukang sidai. Tapi suami bukan hari-hari dia nak mengadap kerja yang sama je kan hahahaha .... kadang-kadang tu kita sengsorang je jalan laju-laju siapkan kerja rumah hahaha...



Jujur aku katakan, sejak dua orang anak dah bersekolah ni terasa masa dengan diaorang di rumah tu sangat terhad! Rasanya bukan aku saja ibu yang mengalami situasi macam ni, malah ramai ibu yang bekerja dan anak bersekolah juga mungkin hadapi benda yang sama kan. 

Pesen kakak dan adik ni, ko bukan saja kena duduk di sebelah dia time buat homework, tapi dia nak kita duduk sama berborak, bergurau senda, buat lawak dan kalau boleh ... kalau dia melompat, kita pun nak disuruhnya melompat jugak! hahaha ....

TV? Langsung tak tengok sejak beberapa minggu ni! Asal nak petik je remote, jarum jam dah tunjuk pukul 11pm! Kadang-kadang baru nak terpandang kat remote tv, automatik mulut ni menguap sama hahaha ... :p





Dan kadang-kadang bila masa dah suntuk badan dah penat sangat, barang yang anak pesan pun kita boleh terlupa nak belikan. Maka, nota pesanan macam ni la yang kakak dan adik akan masukkan dalam dompet ayahnya untuk peringatan ...hehehe :D

Kalau lupa jugak .... haaaa siap la dia membebel sepanjang jalan! :p

1 comment:

  1. sungguh memahami.
    busy nyer ngalahkan YB! hi hi hi...
    skang aida ditambah plak oleh ijat, ada homework juga :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?