Di Kala Orang Lain Pulang Ke Kampung ...

Monday, February 08, 2016


Assalamualaikum!


Biasa time-time musim perayaan begini aku dan family pun akan jadi 'mangsa' trafik sesak di PLUS hehe. Cuti panjang tuuu, rugi tak balik kampung kan. Tapi bila mengenangkan kesesakan yang bakal ditempuhi sepanjang lebuhraya, yang dari KL > Melaka dari 2 jam boleh jadi 4-5 jam, yang dari KL > Bagan Serai dari 4 jam boleh jadi 6-7 jam, biarlah aku 'bertapa' aje di KL sepanjang cuti ni janji kepala tak pening nak hadap jem hehe ....

Bertapa bukan sebarang bertapa, tapi kami bertapa sambil buat benda yang kami suka ... meniaga carboot! hehehe. Memang dah lama kami rancang nak amik peluang ni berniaga sebab awal bulan orang baru dapat gaji, dan cuti panjang mesti ada yang tak pulang ke kampung macam kami kan hehe ...



Dan betul sangkaanku! Memang ramai giler yang datang di carboot sale semalam. Dari awal pagi lagi memang meriah suasana di sini. Baik yang menjual mahupun yang membeli. Bagi yang menjual ini peluang baik sebab orang swasta terutama warga asing dah dapat gaji time ni hehehe ....

Memang diaorang borong sakan membeli apa saja yang berkenan di hati. Aku ada tengok sorang kakak tu siap beli water boiler kat situ heee ...




Lebih kurang kul 7 lebih pagi semua dah siap dan sedia menerima pelanggan pertama kami! Ini gambar terkini dan terakhir sebelum tudung-tudung lama aku habis diborong oleh seorang lelaki warga asing (tak berapa faham dialog dia) hehe..




Brader ni la yang pulun kasi borong tudung aku. Akhirnya tinggal tudung-tudung bawal je la ha hahaha. Aku ingat dia beli untuk bini dia kot ... kan kan kan kan hehehe

Cuaca memang da best! Berpanas pun orang dok berjalan tengok barang lagi. Kali ni memang ramai muka-muka baru yang bawa barang yang tak pernah dijual di kedai biasa. Ada sorang pakcik sebelah kami dok jual barang-barang hiasan, pinggan mangkuk, baju dan macam-macam lagi. Datang sekumpulan pak guard Bangla pakat kerumun kat satu patung beruang ni ... memang cantik. Yang kelakarnya, pak guard ni pi tanya how much this cat? .... CAT? ini Beruang la ... BEAR, pakcik tu cakap balik. Semua yang ada situ dengan kami sekali pakat gelak .... hahahaha. Nak kena bawa mamat ni masuk zoo balik ni hahaha ....




Dah pakai bedak dah sebelum tu, tapi terserlah jugak mata lebam tu kan hahaha. Takpa, pelanggan suka tanda kita kerja keras muahahaha. Yang Mira pantang aku duduk bersila mesti dia nak duduk di atas riba ... hehe










Alhamdulillah, seronok meniaga semalam. Meriah giler suasana walaupun aku tak sempat nak tengok semua jualan di sana, sebab kena amik giliran pulak ngan Pak Jelan jaga barang jualan hehe.... 



You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Bw sini...wuu...akak pun x balik kg cny ni,.. sedih juga tp rancang nak buat 1 projek. ehem ehem,.. org bercarboot akak bergram... in sha allah..

    ReplyDelete
  2. Meriah car boot sale kat situ kak..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM