Hobi Baru - Tanam Grasshead

Monday, February 01, 2016


Assalamualaikum!


Inilah yang dikatakan semangat cintakan kehijauan alam semulajadi hehe. Dok tengok kawan lain semua ada tumbuhan kecil di sudut meja, mulalah diri sendiri pun teringin nak 'tanam' sesuatu. Nak berkebun sendiri tanah tak cukup ... maka cari aje benda yang kecil yang tak perlukan tanah dan cahaya matahari dan boleh tumbuh dengan pantas dan subur! haha ...




Sudah lama kucari #grasshead ni. Keluar masuk D.I.Y inilah benda yang aku tuju dulu. Kali terakhir cari kat D.I.Y Space U8 #grasshead dia tak berapa 'cantik'. So, try pergi kat D.I.Y Kota Damansara baru ada! Harga tak mahal dalam RM4.50+ je ...

Ada macam-macam bentuk #grasshead, tapi aku berkenan yang ni la. Tengok 'muka' abg botak tu gebu je kan .... haha :p



Hari kedua 


Senang dan cepat tumbuh! Memula rendam 'abg botak' dalam bekas air sehingga hampir nak tenggelam sikit supaya air masuk meresap ke dalamnya. Kemudian hanya tambah air dalam balang kecil tu (memang ada dalam kotak) sehingga penuh sikit. Bawah dia ada sumbu yang akan menyerap air terus naik ke buntil. Jangan tanya aku apa baja dia letak kat dalam ... tapi yang pasti tumbuhnya rumput! hehe ...



Hari ketiga


The best part is tak perlu nak jaga sangat 'abg botak' ni. Sesuai untuk orang yang tak berapa rajin macam aku hehe. Hanya perlu monitor tahap air dalam balang kecil tu untuk kekal penuh dan air sampai ke atas. Lagi best tak perlu cahaya matahari direct! Letak je tepi pc atau kat meja belajar atau tempat terang macam biasa. Kenakan sikit angin kipas insyaAllah tumbuhlah ia ... hehe

Oh guli tu ..? aku beli kat D.I.Y jugak. Saje nak bagi balang tu nampak 'penuh' dan berwarna warni hehe. Ni mood ni memang tengah nak rajin la kiranya ni .... hehehe :D



Hari kelima


Kurang seminggu dia dah tumbuh sepanjang ni! Cepat giler kan ...! 'Abg botak' dah tak jadi botak tapi jadi 'abg rambut pacak' hehehe....



Hari ketujuh


Wowww mabeles sangatt! Good job Hanim hahaha. Orang tumbuh rambut panjang ke bawah, tapi 'abg botak' tumbuh makin memanjang ke atas haha. Takpela ... tak sabar nak ikat rambut nak buat tocang ni! Siap minta sumbangan reben ngan kawan lagi hahaha ....






Reben merah tuuuu! Semangat nak sambut Chinese New Year ke ape ni hahaha. Gigih aku menocang 'abg botak' punye rambut. Sikit punya susah nak tarik 'rambut' jangan bagi tercabut dari 'kepala' dia hahaha. Tapi, bila dah siap .... ohsem kiut pulak ni!

:)


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. dah lama perati..macam comel je..nak cari jugak la..nampak la kehijaun sikit kat office ni

    ReplyDelete
  2. Wow pergh seriuslah comel nya hahaha macam nak je hehe

    http://hanismasturina.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Hahaha lawak pula ena tngok... Hahahah

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM