Misi Blogger Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Wednesday, February 10, 2016


Assalamualaikum!


Ini kali pertama aku 'mengembara' seorang diri ke lokasi yang jauh sedikit dari biasa hehe. Dan seperti biasa, aku naik pengangkutan awam ke sana. 

Alhamdulillah, berbekalkan hati 'kering' dan wajah yang dibuat-buat garang aku berjaya sampai di depan pintu pagar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan jayanya muehehehe ....




Kehadiran aku ke sana bukan berseorangan tetapi bersama rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang turut dijemput untuk satu perbincangan serius dengan pengurusan tertinggi AADK dalam menyebarkan maklumat tentang peranan agensi tersebut dan kepentingan tentang bahayanya dadah pada masyarakat khususnya kepada anak-anak muda kita hari ini ...

Melalui perbincangan ini, banyak perkara yang telah dipersetujui bersama dan tak lama lagi akan ada beberapa program menarik dari AADK yang akan turut disertai oleh rakan blogger. Kiranya macam sama-sama turun padang gituuu la ...





Alhamdulillah, perbincangan setel! Perkongsian yang sangat menarik dari pihak AADK mengenai isu dadah di negara kita. Sedih pun ada mendengarkan cerita dari beliau mengenai gejala dadah yang sedang menyelubungi masyarakat kita ketika ini. 

Apapun, terima kasih pada pihak AADK yang memberi kepercayaan kepada kami untuk sama-sama menggalas tanggungjawab ini dan diharap dengan kerjasama antara kedua-dua pihak, penyampaian mesej mengenai bahaya dadah kepada masyarakat lebih mudah diterima oleh semua pihak ... insyaAllah.


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM