Reka, Bina & Menang Di "Paddle Pop Young Builder Awards 2016" !

Friday, February 26, 2016


Assalamualaikum!


Siapa sangka Program Paddle Pop Young Builder Awards terus mendapat sambutan setelah empat tahun dilancarkan bermula 2013! Program yang melibatkan murid-murid sekolah dan mendapat sokongan dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini diteruskan lagi untuk tahun 2016 dan tahun ini, murid-murid akan berpeluang melakar inspirasi dan merealisasikan idea hasil seni mereka dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula!




Majlis pelancaran Paddle Pop Young Builder Awards 2016 telah dirasmikan oleh Y.B. Timbalan Menteri, Dato' P. Kamalanathan di Sekolah Kebangsaan TTDI (1) Kuala Lumpur dan beliau turut mengumumkan tema untuk tahun ini iaitu, Atlantos : Membaikpulih Kota Harapan Atlantos .... menarik!



Y.B Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato' P. Kamalanathan


Paddle Pop Young Builder Awards 2016 Peringkat Kebangsaan




Untuk makluman korang, Paddle Pop Young builder Awards telah berjaya menarik penyertaan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia sejak 3 tahun lepas termasuklah Sabah dan Sarawak, merangkumi sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.
  • Pertandingan yang dilancarkan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di Malaysia bagi murid-murid tahun 4,5 dan 6
  • Sekolah-sekolah digalakkan untuk menghantar lakaran mereka berdasarkan tema yang diberikan dan sekolah-sekolah yang disenarai pendek akan diminta menghantar pasukan masing-masing ke pertandingan akhir dimana mereka akan membina replika 3D berdasarkan lakaran mereka menggunakan bahan-bahan kitar semula termasuk batang aiskrim
  • Pertandingan akhir akan berlangsung pada Jun tahun ini
  • Bagi memberi ilham kepada murid-murid dalam menghasilkan seni mengikut tema Atlantos, Paddle Pop telah menyediakan video animasi pendek yang memaparkan kuasa jahat Shadow Master memusnahakan lautan dan daratan. Singa Paddle Pop dan rakan-rakannya memerlukan bantuan daripada kanak-kanak untuk membaik pulih Kota Harapan Atlantos dengan persekitaran yang lebih bersih dan lebih baik. Jalan cerita yang diilhamkan oleh isu-isu alam sekitar semasa, dengan harapan bahawa kanak-kanak boleh belajar untuk melindungi alam sekitar sejak kecil dan membina dunia yang lebih baik untuk didiami

video


      
Cara-cara Menyertai :

1. Dalam pusing pertama, sekolah-sekolah dikehendaki membentuk satu pasukan terdiri dari 4 orang pelajar dan menghantar seberapa banyak lakaran bagi membina "Kota Harapan Atlantos" dengan menggabungkan kedua-dua elemen daratan dan lautan di atas sehelai kertas A3 menggunakan krayon, cat atau pensil warna bersama dengan satu senarai barangan yang akan digunakan oleh mereka untuk membina karya 3D sebenar

2. Hasil lakaran yang lengkap dan borang penyertaan diisi (boleh dimuat turun di www.paddlepop.com.my) kemudian dihantar melalui emel kepada penganjur di yba@paddlepop.com.my SEBELUM 30 APRIL 2016 

3. Lakaran mesti perlu menggabungkan penggunaan batang aiskrim paddle Pop, pembungkus Paddle Pop, suratkhabar, kadbod dan botol plastik dalam binaan akhir untuk kelayakan

4. Hanya 20 lakaran terbaik akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir yang akan diadakan pada awal Jun

5. Di peringkat akhir, setiap pasukan perlu mempersembahkan binaan mereka serta menerangkan rasional karya seni berkenaan kepada panel juri. Peringkat akhir dijangka berlangsung selama 3 hari 2 malam di sebuah resort atau hotel.


Hadiah utama 
-RM6,000 TUNAI bagi setiap pasukan
-percutian sekeluarga LEGOLAND® Malaysia Resort 3 hari 2 malam
(termasuk baucar pelancongan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan penginapan bagi kesemua empat peserta)
-sijil penyertaan dari Paddle Pop

2 Hadiah Saguhati 
-RM2,000 TUNAI bagi setiap pasukan
-dua tiket masuk kombo ke LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan



Di majlis pelancaran ini juga, hasil seni bagi pemenang "Paddle Pop Young Builder Awards 2015" turut dipertontonkan kepada para VIP dan murid-murid. Memang kreatif adik-adik kita ni menghasilkan binaan 3D! Nak tengok? 

Jommm...!










So, tunggu apa lagi ... inilah peluang untuk anak-anak korang menyerlahkan bakat dan kreativiti di samping menerapkan kesedaran untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik. Di samping tu, program ini dapat melahirkan murid-murid yang bukan saja cemerlang akademik tapi berbakat dalam seni.

Untuk maklumat lanjut dan nak muat turun borang penyertaan, guru-guru, murid-murid dan ibubapa digalakkan melayari www.paddlepop.com.my

                                          

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Menarik sungguh program Syarikat Wall's buat terhadap projek pertandingan membina castle, Reka, Bina dan Menang.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM