Jom Undi 5 Finalis Logo Harimau Malaysia!

Tuesday, March 22, 2016


Assalamualaikum!


Walaupun aku bukan peminat tegar pasukan bola tanah air tapi, ada gak sekali sekala aku update citer pasal bola dalam blog aku ni hehe, terutama kalau melibatkan pasukan Pahang, Selangor atau Perak.

Korang tahu tak sekarang sedang berlangsung undian untuk memilih Logo Harimau Malaysia bagi pasukan kebangsaan? Tak tahu? Haaa aku pun baru tahu ni hehehe ..





Proses pengundian untuk memilih Logo Harimau Malaysia akan berakhir dalam masa 12 hari je lagi! Ada 5 finalis yang berjaya terpilih sebagai top 5. Korang yang belum undi bolehla mula gi undi sekarang selagi ada masa ni. Kata support pasukan bola sepak tempatan .... kenala tunjukkan sokongan sikit.

Aku? aku dah ... aku undi yang paling kanan sekali hehe ...

Kalau korang nak mengundi, korang gi klik kat http://www.undiharimaumalaysia.com/ , isi nama penuh, emel, negeri, umur, jantina, kemudian klik kat logo yang korang berkenan tu. Nanti dia suh cek emel untuk pengesahan. Ye la .. nak kena pastikan yang mengundi tu manusia bukan robot hehehe ...


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM