Runsing ....

Thursday, March 10, 2016


Assalamualaikum!


Apa yang mak cakap hari tu masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni. Kalau boleh, aku takmo ingat langsung dah benda yang mak cakap tu. Kalau aku punya kebolehan boleh 'padam' sebahagian memori dalam kepala aku ni, aku akan pilih untuk 'padam' perbualan aku dengan mak pasal benda tu! Sejak dari hari tu, hati aku berdebar-debar bila teringat balik ... risau pun ye ...

Malam tu mak tolong bakar ubat resdung untuk aku, sambil-sambil tu kami berborak. Dalam dok berborak, tetiba ayat tu keluar ....

"mak ada tanya abah ko, lang (panggilan mak untuk abah) ... tak sangka ye kita boleh hidup sampai umur sekarang ni ... dapat tengok anak menantu, cucu-cucu membesar .... badan pun alhamdulillah sihat lagi sampai sekarang ....

mak bersyukur abah ko sihat, mak sihat walaupun kadang-kadang lutut ni sakit juga ... tapi masih boleh lagi la bersihkan reban ayam tu ... berkebun sikit-sikit ... memasak mengemas. Tiap-tiap hari mak berdoa Allah panjangkan umur mak dapat tengok anak menantu ... cucu-cucu ... tengok anak-anak bahagia hidup senang ... tu pun mak dah puas hati .... kalau mak 'pergi' pun mak ...."

Tak boleh ... aku tak boleh teruskan menaip ayat tu ... 




Ya Allah ... panjangkan umur mak dan abahku, yang memberikan kekuatan padaku sejak dari dalam kandungan hingga aku bergelar isteri orang. Insan yang tak pernah jemu menguntum senyuman walau anak-anak 'rebah' di persimpangan kehidupan.  Sanggup bersusah payah memberikan sekadar termampu kudrat dan keringat untuk kebahagiaan anak cucu. Kurniakanlah mereka kesihatan untuk melihat anak cucu membesar dan berilah mereka kesempatan untuk beramal sebanyak yang boleh sebagai bekalan akhirat sana .... 

Aaaminnn yarabbal alamin ....

Sungguh aku belum puas berbakti untuk mereka ....


You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Aaminnnn... In sha Allah semua nya akan baik dan sihat belaka.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM