Hilang Nikmat ....

Tuesday, April 05, 2016


Assalamualaikum!


Nikmat penglihatan jelas telah lama 'berkubur' sejak aku berusia 13 tahun. Tak tahula apa puncanya ... samada tengok tv terlampau dekat atau mengadap komputer dalam gelap atau tengok kucing beranak ... hahahaha!

Tapi redha je la ... mungkin Allah nak tunjuk aku akan jadi lebih sweet lebih lawa kalau pakai spek mata kan kan kan hahahha ... peduli ape kalau kena kutuk pun! hahaha :p

Tapi aku bukanlah pemakai spek mata tegar seperti orang lain. Rabun ... tapi tak mengaku rabun hahahaha. Aku takmo bergantung sangat pada spek mata. So, aku pakai ketika drive atau tengok tv atau di event atau ketika berada di tengah-tengah orang ramai. 

Dan satu hari 'dia' hilang ....!



Seminggu lebih dah aku cari merata! Puas ingat .. puas selongkar tapi tak berjumpa! Hilang punca aku bila 'dia' takda. Tu la ... bila ada buat tak endah je, bila dah takda baru nak tercari-cari!

Natijahnya, seminggu lebih jugak aku terkontang-kanting tanpa 'dia'. Minggu lepas pergi event pun aku tawakal je cari lokasi ... mujur tempat tu aku dah pernah dan biasa pergi sebelum ni, so mata aku takda macam mata semut tercari-cari hehehe ...

Siapa jumpa? Oohh ... my suami la jumpa ...

"dah jumpa spek mata?" 

"belum ..."

"ada kat dashboard belakang kereta la tu ..."

"takda ... dah cari dah ..."

"kalau abg kata ada ...?"

"kalau ada .. ada la ..."

Pagi ni dia hulur spek mata hahahaha ... "nah ... kat dashboard belakang, cari tak betul memang la tak jumpa"

Huh ... dah orang yang mencari tu pun matanya rabunnnn acaner nak jumpa. Tu pun puas meraba tau dak hehehe ....

Apapun terima kasih cik abe .... nanti i belanja makan time gaji hahahaha :p

Nikmat yang hilang kini Allah kembalikan ..... ucap ape? ALHAMDULILLAHHHHH ...!

:)


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PAGI. KUNJUNGAN PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hehehe ni sama situasi laa kita...tapi kak lya mmg selalu pkai..bila tak pakai rasa lain macam jer mata..pernah gak tetiba tatu mana letak..jenuh mencarik..mcm nak marah org pon ada..

    ReplyDelete
  3. Samalah kita sis.. Pakai spek time memandu dan kua umah je.. Kalau duk umah memang x pakai lah.. Gigih paksa mata nengok tv walaupun kadang2 x nampak tulisan.. kikikiki..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM