Tuesday, July 26, 2016

# Aidilfitri 2016 # Cerita My Pearls

Bila orang bandar jumpa ikan puyu!


Assalammualaikum!


Menimbuk puyu...

Pertama kali kami anak beranak tengok sendiri bagaimana Pak Jelan menimbuk ikan puyu di bendang (sawah padi). Time ni orang dah amik padi, so yang mana ada lopak-lopak air tu memang ade la berekor-ekor ikan puyu dan sepat di dalamnya hehe ...

Alkisah ... tengahari tu aku nak gi belakang umah buang sisa makanan sekali tengok Pak Jelan berdesup lari masuk ke dalam umah amik timba (baldi) dan penapis dengan muka tersengih macam ada sesuatu. Rupanya nak pi tangkap ikan puyu! haha ...



sekali sauk je ...menggeletik dia dalam penapis tu ;)


Orang dah biasa menimbuk ok le. Tapi si kakak punya teruja tak berganjak dia dari tepi baldi tu semata-mata nak tengok rupa ikan puyu dari dekat. Tengok ayahnya menyauk begitu ..dia pun teringin jugak! T_T



fresh and still alive! ^^



Ikan puyu yang banyak dapat, ikan sepat dah tak kelihatan. Mungkin 2-3 hari sebelum tu orang lain dah pancing, so kami dapat yang kecik comel macam puyu ni.

Sekali sauk ... dua kali sauk ... tiga kali sauk Pak Jelan dah nampak 'ketagih' dahhhh! Makin lama makin syok pulak dia kat situ. Lama katanya tak menimbuk puyu. Rindu zaman kanak-kanak le tu! :p

Time nak basuh lumpur tu, dua beradik ni dok sibuk nak try pegang ikan puyu dengan tangan diaorang! Haaa ... gelagat budak bandar pegang ikan hidup ... hahaha :p





hasil tangkapan Pak Jelan! Comel lote je puyu dia huhu ....


Dah siap basuh bersih-bersih, kasi goreng kunyit! Pak Jelan suka la ikan puyu macam ni... menambah-nambah nasi dibuatnya! :D


5 comments:

  1. alahai.. teringat zmn saye kecik2.. suke ikot sepupu2 pegi cr ikan puyu..
    nk tngkap sndiri takut.. haha

    ReplyDelete
  2. kecik kecik ni sedap ka makan...buat masak apa? tak pernah juga makan ikan puyu walaupunn masa kecil duduk kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik macam ni sedap goreng kunyit je. Makan ngan nasi panas-panas ...krup krap krup krap garing je rasanya hehe

      Delete
  3. Comel je ikannyaa. Hihi Ngap sekor tu sekali masuk mulut je :p Reen follow blog sis hanim ♥

    ReplyDelete

Apa kata korang?