Monday, August 29, 2016

# Durian # Food Review

Durian Sana Sini!


Assalamualaikum!


Tengok FB ada durian, tengok insta ada durian, tengok tepi jalan ada longgokan durian. Ishhhhh bau durian kiri dan kanan menusuk sampai ke lubang hidung ku ini hehe. 

Musim durian sekarang ni, dimana-mana sahaja mesti ada pesta makan durian. Siapa boleh tolak kalau bab durian ni. Aku sendiri pun memang suka dengan buah tempatan apatah lagi durian! Dah la buah bermusim, terasa cuak jugak kalau tak dapat merasa barang sebiji dua kan hehehe :p




Datangnya pulak memang kena dengan time gaji. Tapi kami beli yang kat tepi blok punye la. Macam aku cakap tadi la ... buat syarat nak merasa sebiji dua jadikle. Kalau sedap beli lagi, kalau tak kita usha tempat lain pulak nanti.

Kat kawasan rumah aku tu, aku hanya nampak satu gerai ni je yang jual buah-buahan tempatan. Dan semestinya longgokan durian bersusun elok atas para kayu. Macam-macam jenis ada .. D2 la, D24 la, Udang Merah la, Musang King la ...


tak bocor ke paha tu bae? >.<

Dah puas membelek, menggoncang mencium bagai ... akhirnya kami amik 2 biji je la. Sebiji kira RM10...ok la tu. Rasa tak tau lagi ... tapi tengok abe tu belah buah tu, elok lembut je isinya. Apa-apa hal, kita kasi bawa balik rumah dulu yek :)





Alhamdulillah selesai 2 biji kami kerjakan malam tu jugak. Yang adik langsung takmo join, tak tahan bau durian katanya hahahaha. Yang kakak memula jual mahal, pastu tanya sedap ke tak pastu baru dia dekat sikit sikit kat kita nak rasa sikit hehehe ...




Pandai dah anak dara sulung aku ni makan buah durian. Next time kalau ada rezeki lagi bolehlah join ibu dan ayah makan lagi ye. Adik tu je yang masih tak boleh blah ... sayur takmo durian pun takmo T_T

6 comments:

  1. kat dungun pun melimpah orang duk lelong durian..kalau lalu tu semerbak bau dia..

    ReplyDelete
  2. sib baik tak terliur sangat raya ritu dah balun banyak kat kg,sekarang jemu lak tgk tambah2 tak minat musang king nak derian kg je hehhehe...ngada kan...tapi beli juga bila eddy nak makan,ai? buat bubur serawa ok la mentah ni kureng skit hehehhe

    ReplyDelete
  3. nasib la kakak bukan kaki durian.. hee~ kalau ade, kira rezeki jugak la.. kalau tak de pon okay jek.. dapat dua tiga ulas dah okay..

    ReplyDelete
  4. saya selalu kena beli durian x sedap. .lastnyer beli D24 .. baru puas makan... tp mahal skit la

    ReplyDelete

Apa kata korang?