Sambut Raya Kaw-kaw Dengan Domino's Pizza!

Monday, August 01, 2016


Assalamualaikum!


Pucuk dicita,
Ulam mendatang,
Moh kita beraya,
Domino's mung tunggu aku datang! ;p

Keluarga aku kalau sebut pizza mesti yang terbayang dalam kepala  ... Domino's Pizza! Kebetulan pula si kakak tetiba mengidam nak makan Pizza, dan kebetulan pula Domino's Pizza sekarang ada promosi Raya Kaw-kaw so memang rezeki anak-anak la kiranya ni kan! ;)

Baru-baru ni aku berkesempatan bawa kakak dan adik sambut raya di Domino's Pizza Seksyen 14 Petaling Jaya. Dah nama pun raya kan, so harus pakai baju raya sebab kami nak sambut raya makan pizza yang sedap kaw-kaw kat sini ;)




Kali ni, diaorang ada promosi hebat untuk Raya Kaw-kaw bersama Domino's. Hebat macam mana tu? Haaa sila bersabar dulu ye, sebelum aku cerita panjang lebar pasal promosi Raya Kaw-kaw Bersama Domino's Pizza, meh aku kongsi apa kami makan kat sana ...ngeee :D



Started Box Awesome Foursome


Pembuka selera kami dimulakan dengan Started Box Awesome Foursome, set lengkap yang terdiri daripada Roasted Chicken Drummet, Crazy Chicken Crunchies Original, Crazy Chicken Crunchies Tom Yam dan Garlic Cheese Onion Rings



Seorang Hazwani yang sedang khusyuk menikmati Chicken Drummet 
kegemarannya :D


BBQ Baked Meatballs yang sedap!


Cheezy Mozzarella Stix yang penuh keju di dalamnya!


Cheezy Mozzarella Stix ni antara yang aku suka dan terbaru di Domino's! Sekali gigit boleh terasa keju mozzarella yang lembut dan panas dalam mulut. Memang sedap makan panas-panas ..fuh!



Mira pun 'jatuh hati' ngan Cheezy Mozzarella Stix
Sampai makan pun bersuap! :p


Domino's memang ada banyak pilihan Pizza yang menarik dan sedap untuk seisi keluarga! Memang 'kena' dengan tekak penggemar pizza macam kami hehe ...


Pizza Extravaganza


Pizza Chicken Confidential


Pizza Sambal Surf & Turf


Pizza Spicy Sambal


Pizza Tuna Temptation


Pizza Ultimate Hawaiian


Haaaa boleh korang bayangkan bagaimana rupa perut kami 4 beranak hari tu? hahaha penuh dengan sensasi keju dan 'kemeriahan' dalam setiap pizza Domino's yang dihidang. 






Hahaha macam-macam pesen muka masing-masing kan. Beginilah kalau dapat makan pizza kegemaran diaorang. Memang penuh penghayatan walaupun tengah makan haha :p

Promosi Raya Kaw-kaw Dengan Domino's

Lebih banyak korang beli, lebih banyak korang jimat!




Nikmati pizza kegemaran korang pada harga lebih jimat apabila korang membuat pembelian mana-mana 2 Pizza Deals (korang dah jimat RM23.60), korang boleh add on samada 1 regular pizza, 2 regular pizza atau 3 regular pizza dengan hanya menambah RM15, RM25 atau RM35 setiap satu. Dengan promosi Raya Kaw-kaw ni, korang dah boleh jimat sehingga RM45.40 tau!

Dan sebagai menghargai pelanggan setia, Domino's akan beri korang sehingga 3 botol minuman Tropicana Fruits 330ml secara PERCUMA bila korang pesan secara onlinesementara stok masih ada!


Promosi Raya Kaw-kaw ini boleh dinikmati oleh pelanggan tak kira samada pesanan secara take-away atau dine-in atau online di semua 163 cawangan Domino's seluruh negara. Promosi sah sehingga 14 Ogos 2016


Untuk pemegang kad kredit atau kad debit, korang boleh buat pesanan dalam tempoh 7 hari dan pembayaran boleh dibuat secara tunai, Debit Domino's atau kad kredit.



So, apa tunggu lagi! Jom serbu cawangan Domino's berhampiran atau korang boleh order online tanpa was-was! :D

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, korang boleh layari www.dominos.com.my

You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. huiii...betul-betul raya ni..dapat jugak invitation dari dominos..tapi jauh banget!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang ni kebetulan dekat dengan kami kak :)

      Delete
  2. cantiknya anak dara hanim ni...best ye dominos

    ReplyDelete
  3. Fuhh puas hatilah... mcm2 ada.. best2... :) :)

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaaaa kita pun peminat setia pizza domino hehehhee

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM