Friday, August 26, 2016

# Dutch Lady # Informasi Dan Tips

#SindromMakMak - Serbu 7Eleven Sebab Susu Kotak Dutch Lady!


Assalamualaikum!


Sindrom mak mak kembaliiiii! hahaha 'berhantu' betul susu kotak Dutch Lady ni. Aku mana boleh dengar promosi harga murah-murah macam ni. Disebabkan dalam rumah ni ada peminat besar dan setia susu kotak Dutch Lady tak kiralah apa perisanya, maka kami laki bini gagahkan jugakla memborong sempena promosi RM1 HANYA di 7Eleven!

Sebenarnya laki aku yang gigih keluar masuk 7Eleven memborong berkarton-karton susu kotak Dutch Lady 200ml ni hehehe:p Alhamdulillah dapat gak rembat 2-3 karton untuk stok anak-anak bawa gi sekolah dan minum di rumah. Aku pun suka gak minum susu kotak Dutch Lady perisa Strawberi ni, boleh la tumpang minum ngan anak-anak hehehe



Memula gi dekat ngan umah dapat satu karton perisa coklat. Mujur brader tu bagi beli satu karton, gi pulak dekat PJ (kat PJ ni banyak 7E rupanya!) tapi satu kedai je bagi beli sekarton perisa strawberi campur coklat. Yang lain samada stok karton habis atau tak bagi beli. Dia suh beli limit 3 kotak je seorang .... memang laki aku keluar balik la dari situ hahahaha!

Dua beradik tu terutamanya Mira memang 'berhantu' dengan susu perisa coklat. Tiap kali gi kedai mesti kena beli tuk dia. So, promosi macam ni memang ditunggu-tunggu ... boleh kasi surprise kat dua beradik tu ;)


Tak mandi lagi, dia dulu 'merasmikan' kotak pertama :p




Promosi RM1 susu kotak Dutch Lady pelbagai perisa ni berlangsung selama 5 hari sehingga 28hb Ogos 2016. So pada penggemar susu Dutch Lady macam kami yang belum beli, cepat-cepatlah serbu 7Eleven berdekatan. Satu karton ada 24 kotak so cuma RM24 je. Ni pun tak tau berapa lama boleh tahan ...rasa macam nak beli lagi je hahaha :p

Oh ya, KitKat pun ada promosi RM1 juga di 7Eleven. Yang 'hantu' KitKat tu bolehla borong banyak-banyak buat stok mengunyah heee :D

8 comments:

  1. Alaaaa..mtd singgah kat Bangsar kan..dh habis plak...petang baru ada katanya...KL Sentral lagi la xde kan...

    ReplyDelete
  2. Minuman fav ena ni.. haishhhh semalam dah niat nak pergi hunting benda ni.. lupaaa jugak

    ReplyDelete
  3. Nak pi beli gak laa camni, anak anak i suka susu ni

    ReplyDelete
  4. singgah

    https://belogs.blogspot.my/2016/08/blog-active-update-on-bus-bloguntuksemua.html

    ReplyDelete
  5. tu la. kalau tau awal2, dah lama pi serbu..

    ReplyDelete
  6. susah nak beli kat 7e putrajaya.. dkna p cari kat 7e kajang. dapat la 25 kotak..hahaa

    ReplyDelete

Apa kata korang?