Friday, September 30, 2016

# Cerita Kat Opis # Informasi Dan Tips

Pentingnya kena hadir ceramah kebakaran!


Assalamualaikum!


Ada satu soalan yang penceramah tu ajukan semalam yang membuatkan aku terfikir, yang mungkin selama ni barangkali kebanyakan dari kita suka ambil enteng benda ni. Berapa banyak antara kita yang ketika duduk buat kerja di pejabat, bila loceng kecemasan berbunyi dan kita masih melakukan kerja di meja? 

Sebab tu bila encik bomba mengatakan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah pasal benda ni, aku tak boleh nafikan kerana itulah hakikatnya. Tapi syukur penerangan dan pencerahan dari encik bomba semalam sedikit sebanyak telah menyedarkan kami yang hadir tentang kepentingan mengetahui tentang latihan kebakaran.



Walaupun dari sejak sekolah rendah lagi, kita dah didedahkan dengan ceramah dan penerangan tentang keselamatan dan kebakaran, tapi benda ni selalu sangat kita lupa atau tak ambil pusing langsung. Semalam encik bomba tu tanya, dalam ramai-ramai tu berapa orang yang ada simpan pemadam api di rumah. Hanya 10 orang je yang angkat tangan ... selebihnya tersengih aje termasuklah aku :p

Lepas ni, peringatan untuk aku dan kita semua untuk simpan satu pemadam api di rumah. Kalau dah ada pastikan kondisinya baik atau tukarkan pada yang baru. Sekarang ni, orang dah tak guna tong yang warna biru tu, semuanya sudah berwarna merah dan dilabel.

Tanpa membuang masa, meh aku kongsikan gambar-gambar yang sempat aku snap semalam dalam ceramah. Maaf ye kalau gambar kurang cantik resolusinya hehe ..









Demonstrasi Padam Api

Time sekolah rendah, inilah saat-saat yang aku tunggu! Kalaulah terpilih oleh abang bomba (waktu tu) untuk padam api, alangkah bahagianya rasa kan! hahaha. Tapi aku cakap kalau laaaa .... masalahnya sampai ke sudah aku tak merasa :p

Tapi bila dah tak perlu berebut lain pula ceritanya! Orang dok offer, aku pulak gi menyorok belakang hehehe. Segan la nak tunjuk depan pokcik-pokcik weh. Biar je la diaorang kasi demo, aku tukang amik gambar jadi la hehe.





Encik bomba siap bagi tips lagi cara macam mana nak padam api yang betul. Macam mana nak pegang dan sebagainya. 




Walaupun sikit je perkongsian aku ni, harap korang boleh dapat manfaat darinya. Satu pesanan dari encik bomba kita semalam .... jangan pandang ringan pada alat pemadam api. Ia mungkin jadi penyelamat kita dan keluarga satu hari nanti. 

Apapun, hari berkursus dah ada 4 hari campur semalam punya. Tinggal lagi 3 hari aku kena cari sebelum SKT dihantar hahahaha .... doakan hakak berjaya ye! :p


1 comment:

  1. Zaman belajar dulu adala jugak join ceramah2 gini..pastu zaman kije..loni dgr anak2 jer duk cter bab2 ni bila diaorang sertai kat sekolah..

    ReplyDelete

Apa kata korang?