Hanya sempat meniaga beberapa jam je ...

Thursday, December 01, 2016


Assalamualaikum!


Memasuki fasa musim tengkujuh, bulan November & Disember bakal menyaksikan episod hujan lebat dan keadaan cuaca yang tak menentu. Sepanjang dua tiga minggu dalam bulan November ni pun, aku perasan hujan turun waktu awal pagi sebelum Subuh ataupun lewat malam. Pun begitu, kami masih berkesempatan mencari rezeki meniaga di tapak carboot kebiasaan kami.


Sebelum 6.30am kami dah sampai di tapak carboot. Saat nak masuk parking dah boleh nampak ramai peniaga yang sampai lebih awal dari kami sedang sibuk susun barang niaga masing-masing. Malah, ada yang sanggup tido dalam kereta semata-mata nak cop tapak parking disitu. 



Selalunya bila dah masuk parking, kami akan terus buat apa yang patut dulu. Takda masa nak melenggang kangkung, kena susun barang niaga cantik-cantik sebelum pelanggan datang. Tapi pagi tu, kami 4 beranak duduk dulu sambil tenung ke arah langit. Masih gelap ... walhal dah hampir jam tujuh! 

Terasa titisan hujan halus menyentuh pipi dan tangan kami. Kakak dah kasi warning,"buu...hujan la bu". Hurmm .. takpa, kita tunggu sat lagi baru susun barang ...




Hampir jam tujuh lebih dan begitulah keadaan langit ketika itu. Ni baru betul awan mendung berarak kelabu hehe. Tapi semua peniaga masih setia di tapak masing-masing dan mengeluarkan sikit demi sikit barang niaga untuk disusun dan diperagakan. Yang ada payung ok la, boleh lagi berteduh kalau hujan turun. Seram juga tengok warna langit gelap macam tu, tapi kami tawakal je la ... Pak Jelan cakap kalau hujan lebat tetiba kita campak je semua barang masuk bonet hehehe.

Akhirnya hujan rahmat turun membasahi tapak carboot. Mujur kami ada penutup plastik yang boleh tutup barang niaga. Payung kami guna untuk lindung baju-baju yang bersangkut.




Hahaha ... dah macam gaya apa dah aku ni. Time ni tak jumpa plastik nak tutup barang lagi, so aku guna payung dulu sementara Pak Jelan mencari. Masa ni aku dah rasa seram sejuk semacam, terpaksa pakai jaket. 

Kesimpulannya, hari tu kami hanya sempat meniaga beberapa jam je, bukak pun lambat sebab nak tunggu hujan berhenti. Bila dah bukak, hujan turun lagi tapi kemudian berhenti. Pastu hujan makin lebat ... langsung kami kemas dan balik.

Alhamdulillah syukur atas pengalaman meniaga dalam hujan. Ni kiranya first time aku meniaga dalam hujan tau hehe. Balik rumah terus demam ko! 😂


You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. tapi dalam pada hujan tu seronok kan anim

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tu yang dapat demam tu hehehe

      Delete
  2. sekarang dah masuk musim hujan kan? dekat tempat saya, kerap hujan, selalu balik kerja dalam hujan. apa pun, semoga rezeki kita semakin bertambah. amin.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  3. alahaiii...xpe kak...semoga makin murah lg rezeki lepas ni tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn terima kasih Sally insyaAllah :)

      Delete
  4. Sedikit ujian yang memberikan pengalaman... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakcik, pengalaman mengajar kita erti kesabaran :)

      Delete
  5. Allah... kesiannya sampai demam
    Memang sekarang musim hujan sama kat JB juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak, satu semenanjung hujan ni :)

      Delete
  6. yer la hanim sekarang cuaca tak menentu.. tak pe la jadikan pengalaman kan..cuma lepas nie kena hati2 jangan sampai demam ok..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok farah insyaAllah lepas ni sy akan lebih berhati2 hehe. Sejuk sangat badan xtahan huhu

      Delete
  7. ala kesiannya. dulu saya pernah biz camni jual carboot sales.

    ReplyDelete
  8. Rezeki masa hujan adalah yang teramat bermakna
    Tapi yg peliknya...
    Orang yang disini kena hujan
    Orang yang disinun yg demam
    Apa-apa pun
    Rezeki dari Allah
    Walaupun hujan atau tidak.

    ReplyDelete
  9. insyaallah Moga murah rezeki di hari lain...

    hujan rahmat tu...

    ReplyDelete
  10. Sekarang musim hujan... memang agak terganggu sedikit bagi yg berniaga.. tapi xpe.. kite tawakal je..ade rezeki lain utk kita

    ReplyDelete
  11. bestnya berniaga macam ni..semoga murah rezeki sis

    ReplyDelete
  12. Carboot sale kat area mane ni?

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM