Kempen #BebasPlastik di Selangor Bermula Januari 2017!

Wednesday, December 28, 2016


Assalamualaikum!


Bermula 1 Januari 2017, Selangor akan menggiatkan lagi kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' dengan melancarkan kempen #BebasPlastik dan bekas polisterina.

Sebelum itu, kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 telah menjalankan satu kaji selidik dan mendapati 71% rakyat negeri Selangor mengatakan kempen ini perlu diteruskan ke hari-hari yang lain.



“Mulai 1 Januari 2017, peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan bekas makanan polisterina serta pemberian beg plastik tidak diberikan secara percuma.
“Undang-undang pihak berkuasa tempatan berkaitan hal itu sudah dikaji bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju mengamalkan kempen bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.
“Peniaga akan dibekalkan bahan visual untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Kempen #BebasPlastik,” kata Elizabeth Wong pada pelancaran kempen #BebasPlastik di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, hari ini. - sumber


Perlaksanaan Kempen #BebasPlastik di Selangor

Perlaksanaannya adalah seperti berikut :

  • Beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma
  • Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna
  • Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polisterina dihentikan.




Satu notis telah dikeluarkan kepada semua premis perniagaan di negeri Selangor dan yang atas ni dikirimkan oleh cikgu sekolah. Sekarang ni pun, aku tengok banyak premis-premis yang menjual makanan menggunakan bekas plastik khas yang kaler jernih tu dan bukan lagi bekas polisterina macam dulu.

Teringat aku kat Melaka kalau time nak membeli barang dapur kat pasaraya, jenuh asyik terlupa nak bawa beg hijau (green beg), sebab sekarang ni diaorang dah kuatkuasakan tiada beg plastik untuk setiap hari dan bukan pada hari Sabtu je macam mula-mula dulu. Kalau bawa kereta, bolehla angkut bawa masuk dalam bonet. Kalau bawa motor, nak tak nak kena beli gak beg plastik huhu.

Apapun, ini satu kempen yang baik dan memang patut diteruskan. Tak banyak kempen di Malaysia ni yang mendapat sambutan baik tapi kempen macam ni akan buka minda dan mata masyarakat kita tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kurangkan penggunaan bahan plastik yang boleh memberi kesan kepada bumi dan generasi akan datang.

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. kat Melaka pun dh tak pakai beg plastik kan..kt jb ni setiap sabtu je

    ReplyDelete
  2. Baguslah macam nie..save bumi kita..pasnie kena standby beg kalau nak beli belah...hehee

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM