Breaking

Thursday, December 08, 2016

Pembukaan Butik BINWANI'S Di Aeon Shah Alam


Assalamualaikum!


Bercakap tentang fesyen dan fabrik berkualiti, pastinya ramai yang sudah mengenali Binwani's antara jenama gah yang mewarnai industri pakaian dan fesyen tempatan semenjak 1925 sehingga kini. Dan semalam, Binwani's telah melangkah maju setapak lagi dengan perasmian butik Binwani's nya di AEON SHAH ALAM.




Selain Aeon Shah Alam, Binwani's boleh didapati di :

  • The Curve, Mutiara Damansara
  • Ampak Park Shopping Complex
  • Bangsar Shopping Centre
  • Alamanda Putrajaya

Disini aku kongsikan serba ringkas sejarah Binwani's untuk info kita bersama 😊

Sejarah Binwani's 1925

Binwani's telah diasaskan oleh En. Rupchand pada tahun 1925 di Riau, Indonesia. Dalam tempoh yang singkat, beliau telah membuka 2 cawangan iaitu dia Jambiand dan di Riau. Beliau telah menjemput sepupu beliau untuk turut membantu menguruskan perniagaan pada tahun 1938. Beliau turut membuka cawangan di Singapore. Pada tahun 1940, En. Rupchand telah membuka kedainya yang pertama di Malaysia dan Pulau Pinang menjadi tapak permulaan untuk beliau. Pada masa ini, perniagaan beliau mendapat sambutan menggalakkan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1948, meninggalkan seorang isteri, 6 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Semenjak itu, isteri beliau Devi yang mengambil alih tugas menguruskan perniagaan tersebut.

Pada tahun 1955, selepas Tingkatan 5 Chandru Binwani menyertai perniagaan keluarga ini dan mula belajar tentang selok belok perniagaan. Pada tahun 1972, Chandru Binwani datang ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan pertamanya dia Jalan Raja Chulan. Bermula tahun 1984, pengurusan syarikat digalas sepenuhnya oleh Chandru Binwani dan penyelesaian pelanggan menjadi falsafah dan keutaman beliau. Atas dasar prinsip inilah yang diamalkan oleh 3 generasi dan telah membuktikan bahawa ia cara terbaik dalam menghadapi persaingan pada hari ini.




Ok, berbalik kepada perasmian butik Binwani's semalam, acara berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh barisan tetamu istimewa. Lokasi butik Binwani's ini strategik kerana ia terletak di aras G dan berdekatan dengan eskalator. So, kalau korang dari parking aras C, naik eskalator dan masuk je korang dah boleh nampak butik Binwani's ni.


Perasmian Butik Binwani's oleh tetamu istimewa


Untuk makluman korang, butik Binwani's di Aeon Shah Alam menyediakan koleksi pakaian kasual dan santai untuk lelaki dan wanita sesuai dengan fesyen dan trend terkini namun masih mengekalkan penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi.

Antara jenis koleksi yang boleh korang dapatkan di Binwani's ialah :
  • Made To Measure
  • Ready To Wear
  • Cloth by Meter
  • Accessories
  • Latest Arrival













Sangat selesa bila berada dalam butik Binwani's ni. Konsep butik yang simple tapi eksklusif memberi keselesaan kepada pengunjung bila memilih busana pilihan hati. 

Majlis turut diserikan dengan peragaan fesyen dari koleksi terbaru Binwani's bersama 2 koleksi lain iaitu Dudalina dan Lustro.












Menyaksikan peragaan fesyen oleh model-model ini, sudah tentu aku terpaut pada busana seperti dalam video di atas ni 😍 Kan best kalau dapat sehelai kan kan kan 😅




There you have it! Koleksi terkini dari Dudalina dan Lustro kini boleh didapati di butik Binwani's. Tahniah Binwani's di atas pembukaan butik baru di Aeon Shah Alam, semoga terus sukses dan menjadi jenama pilihan semua lapisan masyarakat di Malaysia.

So, korang jangan lupa datang ke butik Binwani's di Aeon Shah Alam dan lihat sendiri koleksi busana yang ada disini 😉

Binwani's
Lot G50, AEON SHAH ALAM





Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Laman web :  www.binwani.com


5 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.