Friday, January 20, 2017

# Barang Bundle # Shah Alam

Bundle | Bandoru Store Shah Alam


Assalamualaikum!


Ada hari tu opismate bagitau tepi Federal Highway ada kedai bundle baru buka. Baru tak baru dalam tahun lepas juga. 



Maka sampai lah kami sekeluarga disini minggu lepas. Tak susah nak cari Bandoru Store ni, dari Federal Highway menuju ke Tol Batu Tiga dah boleh nampak kedai dia. Baru teringat, dulu kat sini ada cafe untuk bikers motor besar kan? Sekarang dah jadi kedai bundle Bandoru menjual pakaian bundle & preloved.

Dah, jom masuk dalam 'cuci mata' tengok barang apa yang best kat sini. Aku dah tentu lah nak cari seluar kerja. Kedai-kedai sebelum ni memang payah nak cari seluar kerja. Mana tau kat Bandoru ni ada yang berkenan dihati dan harga berpatutan. 



beria dia mencari, last-last saiz besar sangat hehe











Besar dan luas juga ruang dalam kedai ni. Ada 3 seksyen utama, wanita, lelaki dan kanak-kanak. Beg ada, kasut pun ada. 

misi cari seluar kerja


Dalam mengusha seluar tu, tetiba Wani hulur seluar panjang coklat ni pada aku. Alamakk..cantik la pulak! Terus acu kat kaki sendiri, ishhh muat ni...macam muat je ni hehe. Kaler lawa dah, harga dua puluh hengget ok dah. Tinggal nak try je lagi. Dapat sehelai ni pun jadi le kan.

So, dengan gumbiranya aku bawa masuk seluar coklat tu dalam fitting room. Fitting room tu pulak guna langsir je sebagai 'pintu'. Aku dah tak sedap hati kot-kot ada tangan 'gatal' terselak langsir tu kang walhal aku dah tutup rapat. Rupa-rupanya 'masin' naluri kewanitaan aku diknon! Sorang hamba Allah pempuan selamba je selak langsir tu time aku nak baru nak londeh seluar. Menjerit aku kat situ! Mujur tak nampak apa lagi ...hahaha. Potong stim betul orang macam ni. Tak reti bahasa ke orang dah tutup langsir tu rapatnya maknanya ada orang la! Takkan ko tak boleh nak tunggu kejap atau pergi bilik lain? Huh ... jengggggg!



dua beradik yang keboringan sebab baju yang dicari takda 
saiz masing-masing hehe


Pastu anak aku Wani plak kena. Walhal kami bertiga ada dalam fitting room tu dok bergelak ketawa, ehhh boleh pulak anak-anak sapa entah 'gatal' tangan pi selak langsir! Mujur kakak tak londeh seluar lagi ...grrrrr. Keluar dari fitting room tu aku tengok budak-budak tu dah 'melekat' dengan pak dia, kemain tenung kita macam kita plak yang bersalah! Aku pandang balik ... anak ko yang bersalah, nak jegil mata kat kita pulak. Boooooooo!

So, kesimpulannya dapatkah aku beli seluar coklat tu? Hurmm ...takkkkk sebab tak muat saiz hahahaha! Ketat metat kat atas sampai tak boleh zip! 😖 Bila aku cakap aku dah gemuk, korang tak percaya kan 😂.

Nampaknya kena cari kat kedai lain la pulak nanti. Kalau korang belum datang sini lagi, bolehlah bawa anak bini hujung minggu ni ke Bandoru Store tepi Federal Highway ni.


Bandoru Store Shah Alam
Selangor PT7, 
Federal Highway, Batu 3, 
40150 Shah Alam, 
Selangor Malaysia

3 comments:

  1. murah ke nim? haaaa kak non ternoda hahhhhaa sergah je hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la sue hehe ... sediakan aje duitnya haha :D

      Delete

Apa kata korang?