Majlis Pelancaran Bilik Frog VLE oleh Y.B!

Monday, January 23, 2017


Assalamualaikum!


Bila anak masuk sekolah rendah, frog vle antara terma yang ibubapa akan diperkenalkan oleh guru dan pihak sekolah terutama untuk anak-anak yang baru masuk darjah satu. 

Kalau korang belum tahu atau masih tak pasti apa itu frog vle, aku ada kongsikan info tentang Frog VLE & Chromebook pada tahun 2014 ketika kakak masuk darjah satu. Selepas tiga tahun, bilik frog kini dilancar serta dirasmikan dalam satu majlis penuh bersejarah disekolah Wani & Mira.



Pendokong utama yang menjayakan impian para pelajar disini pastinya YTL Foundation dengan kerjasama beberapa bank tempatan dan syarikat korporat lain. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan chromebook dan akses internet untuk para pelajar sejak ia mula diperkenalkan tiga tahun lepas.

Lebih bersejarah lagi, majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran Y.B Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 yang turut merasmikan bilik frog.



Y.B berucap

bersama maskot KUNTUM

Y.B melawat tapak pameran sekolah berkenaan 
aktiviti frog vle

Y.B Kamalanathan merasmikan bilik frog (Frog Classroom)

Chromebook yang disediakan oleh YTL FOUNDATION untuk 
digunakan oleh para pelajar

Sesi hangout bersama Y.B dengan para pelajar dari sekolah Seri Bayu, Perak
dalam bilik frog

model replika bilik frog


pasangan veteran merangkap ibubapa yang 
hadir ke majlis pelancaran pada hari tersebut😂


You Might Also Like

4 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM